Upload
465
  • NAIB CANSELOR RAI BAKAL HAJI UUM 2016

    39 views 1 month ago
    UUM ONLINE: Kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bagi musim ini diraikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam suatu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor pagi ini.

    Pada majlis itu Naib Canselor merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

    "Anda semua beruntung kerana terpilih dalam kalangan lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi tetamu Allah SWT dan peluang keemasan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengerjakan ibadah sebaik-baiknya," katanya.

    Tambah Naib Canselor lagi, ibadah haji adalah ibadah yang menguji kekuatan dan daya tahan iman justeru persiapan yang rapi dari segi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk menyempurnakan ibadah tersebut.

    "Saya berharap para jemaah haji dapat menjaga kesihatan dan makan minum dengan baik sepanjang menunaikan ibadah haji agar dapat menjalani ibadah haji sehingga selesai selain perlu banyak bersabar dalam menempuh pelbagai ujian dari mula hingga akhir," ujarnya.

    Beliau turut berpesan agar para jemaah haji tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan diri, keluarga, rakan-rakan serta UUM sendiri sebagai tempat mencari rezeki ketika berada di Tanah Suci.

    Majlis berkenaan turut dihadiri Pendaftar, Mohamad Akhir Haji Yusuf; Timbalan Pendaftar, Baharudin Yaacob dan Pengarah Jabatan Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah.

    Secara keseluruhan seramai 13 kakitangan UUM akan menunaikan haji pada musim 2016 di mana penerbangan paling awal ke Tanah Suci adalah pada 4 Ogos ini.



    ~upload by kupiz~ Show less
    Read more
  • Uploads Play all

    This item has been hidden
to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...