171
  • Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang Sebuah Ambulan Kepada Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu

    959 views 2 years ago
    Kuala Kubu Bharu, Selasa 22 Sep : Wakaf Selangor Muamalat memberi sumbangan sebuah van ambulan kepada Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu. Puan Hajah Mariani Mohammed Saad, Pengetua Rumah Ehsan menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat. Y.Bhg. Dato’ Hattan juga turut serta menjayakan program tersebut.

    Wakaf Selangor Muamalat adalah satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor.

    Rumah Ehsan merupakan sebuah pusat jagaan untuk warga emas yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia diuruskan oleh kakitangan dan jururawat terlatih dan menempatkan seramai 120 orang warga emas. Majoriti penghuni Rumah ini adalah terlantar dan kerap dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Diharapkan sumbangan van ambulan ini dapat melancarkan operasi Rumah Ehsan dan memberikan keselesaan kepada para penghuni-penghuninya.

    Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah van ambulan yang bernilai RM168,063 kepada Rumah Ehsan yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sumbangan ini diberi berdasarkan keperluan para penghuni yang uzur dan terlantar untuk dibawa ke hospital.

    Y.Bhg. Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata. "Dengan kos dan taraf hidup yang semakin meningkat, pusat-pusat jagaan warga emas juga memerlukan sumbangan bantuan dari mana-mana syarikat dan badan korporat sama ada dari segi kos pengurusan, operasi dan peralatan perubatan serta bukan perubatan. Melihat kepada situasi ini, Wakaf Selangor Muamalat berasa terpanggil untuk turut menyumbang membantu golongan ini tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama".

    "Sehingga Ogos tahun ini, Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang sebanyak RM 1,643,657.00 dalam bidang kesihatan seperti klinik bergerak, mesin dialisis, tangki simpanan nitrogen, dan pelbagai lagi kepada beberapa pusat perubatan di Malaysia yang memerlukan. Selain daripada perubatan, Wakaf Selangor Muamalat juga telah menyumbang di dalam sektor pendidikan,” katanya lagi.

    Wakaf Selangor Muamalat adalah program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang telah dilancarkan pada 27 September 2012. Dana ini akan diagihkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan dan pendidikan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Para penyumbang dana ini layak mendapat potongan cukai 7% dari pendapatan agregat individu dan 10% bagi korporat.

    Didalam majlis yang sama, Bank Muamalat turut memberi sumbangan kit keperluan peribadi untuk setiap penghuni Rumah Ehsan. Selain daripada itu, Bank Muamalat turut menyumbang 10 kit PASTI (set lengkap keperluan jenazah) kepada Rumah Ehsan. Di harap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memudahkan kehidupan seharian para penghuni. Show less
    Read more
  • Uploads Play all

    • Demam Bola Raya (Bank Muamalat Open House 2018) - Duration: 17 minutes.

      • 1 month ago
      • 59 views
      Demam Bola Raya (Bank Muamalat Open House 2018)

      Kuala Lumpur, 02 Julai 2018 – Majlis Sambutan Hari Raya bersama kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2018 adalah merupakan program tahunan Bank ...
    • Tazkirah Ramadhan: Ibadat Syukur - Duration: 57 seconds.

      • 2 months ago
      • 13 views
      Tazkirah Ramadhan: Ibadat Syukur
      Dato'Dr. Fatma El-Zahraa
      Penceramah Bebas
    • Tazkirah Ramadhan: Ganjaran Menjamu Orang Berbuka Puasa - Duration: 61 seconds.

      • 2 months ago
      • 7 views
      Tazkirah Ramadhan: Ganjaran Menjamu Orang Berbuka Puasa
      Ustaz Mohd Izuwan Mahyudin
      Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • Tazkirah Ramadhan: Siapakah Pendusta Agama - Duration: 56 seconds.

      • 2 months ago
      • 6 views
      Tazkirah Ramadhan: Siapakah Pendusta Agama
      Datuk Kazim Elias
      Pendakwah Bebas
      #TazkirahRamadhan #MyBankMuamalat
    • Tazkirah Ramadhan: Perlu kepada Allah - Duration: 58 seconds.

      • 2 months ago
      • 3 views
      Tazkirah Ramadhan: Perlu kepada Allah
      Dato'Dr. Fatma El-Zahraa
      Penceramah Bebas
      #TazkirahRamadhan #MyBankMuamalat
    • Bulan Ramadhan, Syaitan di Rantai - Duration: 55 seconds.

      • 2 months ago
      • 41 views
      Tazkirah Ramadhan:Bulan Ramadhan, Syaitan di Rantai
      Datuk Kazim Elias
      Pendakwah Bebas
    • eDerma - Duration: 101 seconds.

      • 2 months ago
      • 26 views
      Memperkenalkan perincian terbaharu Aplikasi i-Muamalat iaitu ‘QR Pay’. Perincian terbaharu ini memudahkan ibadah menderma di Masjid terus menerus menerusi telefon pintar mereka tanpa menggunakan tu...
    • Tazkirah Ramadhan: Taubat Nasuha - Duration: 58 seconds.

      • 2 months ago
      • 3 views
      Tazkirah Ramadhan: Taubat Nasuha
      Dato'Dr. Fatma El-Zahraa
      Penceramah Bebas
    • Doa Lailatul Qadar - Duration: 58 seconds.

      • 2 months ago
      • 7 views
      Tazkirah Ramadhan: Doa Lailatul Qadar
      Ustaz Mohd Izuwan Mahyudin
      Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • Tidak akan berkurang harta jika bersedekah - Duration: 53 seconds.

      • 2 months ago
      • 15 views
      Tazkirah Ramadhan:Tidak akan berkurang harta jika bersedekah
      Datuk Kazim Elias
      Pendakwah Bebas
    • Tazkirah Ramadhan: Doa Keluar Rumah - Duration: 61 seconds.

      • 2 months ago
      • 10 views
      Tazkirah Ramadhan: Doa Keluar Rumah
      Dato'Dr. Fatma El-Zahraa
      Penceramah Bebas
    • Tazkirah Ramadhan: Doa di Bulan Ramadhan - Duration: 59 seconds.

      • 2 months ago
      • 8 views
      Tazkirah Ramadhan: Doa di Bulan Ramadhan
      Ustaz Mohd Izuwan Mahyudin
      Ketua Jabatan Syariah,
      Bank Muamalat Malaysia Berhad
    This item has been hidden
  • Popular uploads Play all

    This item has been hidden
to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...