Loading...

Anak Presiden PAS cetus rusuhan di Rusila

42,190 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Mar 12, 2008

Penyokong PAS merusuh lagi. Tidak pernah serik dengan amaran dan tindakan pihak berkuasa, kira-kira 300 penyokong PAS merusuh dan membaling batu ke arah kenderaan polis sebagai membantah tindakan pihak berkuasa menahan anak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Khalil, di Kampung Rusila, semalam (8 Mac).

Mohamad Khalil dikatakan antara individu yang bertindak menahan bas serta merampas kad pengenalan pengundi yang melalui kawasan itu.

Sebanyak 58 daripada 76 kad pengenalan yang dirampas dan diperiksa mereka dalam kejadian itu diserahkan semula.

Malah, pada masa yang sama penyokong PAS dikatakan bertindak agresif dengan melontar objek keras menyebabkan lapan kenderaan polis termasuk sebuah bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU), empat kereta peronda, dua kenderaan 4WD dan satu van rosak.

Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh, berkata satu bantahan akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis berhubung tindakan penyokong parti PAS yang menghalang beberapa bas serta menimbulkan rasa takut di kalangan pengundi bagi keluar mengundi.

Katanya, bantahan tersebut akan dihantar dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan oleh SPR. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan mana-mana pihak sekiranya benar ketua parti atau calon itu sendiri terlibat.

Beliau berkata, tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap mereka tanpa mengira jawatan dan kepentingan individu terbabit.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 148 Kanun Keseksaan kerana berkumpul secara haram dan merusuh, selain kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954. kabinet baru 2008 pak lah idris jusoh kristal skandal artis melayu bn pas hadi bersih pkr nabil raja lawak akhir final akademi fantasia taman tamadun islam masjid bujal terengganu haji hadi awang nik aziz azhar idrus

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...