Loading...

Kejadian Ragut Di Penang

24,524 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Jul 15, 2012

EORGE TOWN: Tujuh orang berjalan lalu sambil melihat mangsa ragut, Cik Tan Kim Chuan, 60 tahun, terbaring tidak sedarkan diri tetapi tidak ada seorang pun menghulurkan bantuan.

Dalam kejadian tersebut, warga emas itu mengalami keretakan pada tengkoraknya apabila beliau terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan di kawasan rumah pangsa Rifle Range pada 6.02 pagi, Selasa lalu, sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya itu sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.

Namun, rakaman sistem televisyen litar tutup (CCTV) menunjukkan bahawa beliau terbaring selama kira-kira tujuh minit tanpa sebarang bantuan.

Kakak mangsa, Cik Tan Lay Yong, 63 tahun, mahu orang ramai yang lalu lalang di sana "mendengar suara hati mereka".

"Mereka yang melihatnya seharusnya melakukan sesuatu dengan sekurang-kurangnya menjerit untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimana mereka hanya boleh berjalan sahaja? Saya marah tetapi apa yang boleh saya buat?" kata Cik Tan Lay Yong semasa berada di bilik mayat Hospital Pulau Pinang, kelmarin.

Cik Tan Kim Chuan, seorang janda yang baru sahaja berpindah ke rumah pangsa Rifle Range itu dua minggu lalu, berjalan seorang diri berhampiran Blok J di kawasan tersebut apabila beg tangannya diragut seorang penunggang motosikal.

Dalam pergelutan itu, beliau terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai jalan.

Kira-kira 6.10 pagi, tiga orang yang baik hati mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.

Cik Tan Lay Yong berkata adiknya ketika itu dalam perjalanan ke kedai kopi milik keluarganya di Carnarvon Street dan akan menaiki bas setiap pagi untuk membantu di kedai kopi itu.

Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor, berkata bedah siasat menunjukkan bahawa kematian Cik Tan Kim Chuan berpunca daripada beberapa kecederaan di bahagian kepala.

Mayat Cik Tan Kim Chuan dibakar di Batu Gantong pada 2 petang kelmarin.

(Negari paling selamat di Malaysia.Tidak perlu ambil peduli , sbb mak cik tu miskin kot) apa dah jadi dgn orang P.pinang ni..Negeri ni bukan Mainland China.

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...