Loading...

"Lebih Baik Syaitan Yang Anda Kenali" Vs. "Boleh Berkawan Syaitan"

7,157 views

Loading...

Loading...

Transcript

The interactive transcript could not be loaded.

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Sep 7, 2012

KUALA LUMPUR 7 Sept -- Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini yang agak kontroversi sepatutnya dilihat daripada sudut yang lebih luas dan bukannya secara membabi buta berdasarkan ungkapan ayat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ustaz Fathul Bari Mat Jahya berkata kenyataan berkenaan "better the devil you know than the angel you don't" yang bermaksud (secara literal) lebih baik syaitan yang kamu kenal berbanding malaikat yang kamu tidak kenal sewajarnya dinilai secara mendalam.

"Jika kita melihat peribahasa tersebut dari perspektif Islam itu sendiri, saya suka membawa satu kenyataan tokoh ulama hadis, kata beliau,

Maksudnya: "Berzina itu lebih aku sukai daripada aku melakukan tadlis."

"Tadlis adalah satu kaedah periwayatan hadis iaitu dengan cara menimbulkan keraguan pada perawi-perawi hadis. Jadi dia mengatakan lebih baik aku berzina daripada aku meriwayatkan hadis dengan cara sedemikian rupa.

"Adakah kenyataan tersebut bermaksud beliau mempromosikan zina? Tidak....Tipu daya dalam periawayatan hadis sangat besar keburukannya. Maka adakah kenyataan Tun Mahathir lebih baik berkawan dengan syaitan itu bererti mempromosi untuk berkawan dengan syaitan?

"Tidak, ini hanyalah satu pemisalan, peribahasa, contoh. Mengapa beliau berkata sedemikian rupa? Apa yang beliau ingin maklumkan betapa bahayanya golongan munafiq, mereka tampil dengan janji yang baik akan tetapi sebenarnya mereka adalah pendusta, pengkhianat, mereka ada agenda tertentu untuk memusnahkan manusia contohnya," ujar beliau.

Lagi http://www.umno-online.my/?p=67575

Loading...

Advertisement
When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...