Loading...

Pengertian Islam dan Iman (3/4)

5,848 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Aug 7, 2008

Aqidah Islam
RUKUN IMAN

"Iman itu ialah mengimani Allah, para MalaikatNya, Kitab-KitabNya, para RasulNya, Hari Akhir dan beriman dengan Qadar sama ada yang baik atau yang buruk" (HR Muslim)

Apa Itu Iman?

"Iman itu: Pengucapan dengan lisan, iktikad di hati, beramal dengan seluruh anggota badan, ia bertambah dengan ketaatan (ibadah) dan berkurangan dengan kemaksiatan"

Iman dimaksudkan juga keyakinan atau keimanan iaitu: ikatan tauhid yang kukuh, teguh dan kuat sehingga memantapkan keyakinan seseorang terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan keyakinan terhadap penentuan qada' dan qadarNya, sama ada yang baik atau yang buruk semuanya dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala".

"Akidah" boleh memberi maksud "iman".

"Kepercayaan yang teguh/mantap (positif) dan pengiktirafan yang sempurna pada segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan RasulNya sehingga ditaati dengan sepenuh keyakinan pada setiap apa yang telah disyariatkan"

Akidah tauhid pula dapat diertikan:

"Mengaku dengan sebenar-benar pengakuan dan keyakinan bahawa Dialah Tuhan Yang Al-Awallu wal-Akhiru (Yang Awal dan Yang Akhir), Dialah Zahir, Dialah di atas segala-galanya sehingga tidak ada sesuatu pun yang berada di atasNya dan Dialah juga Batin sehingga tidak ada lagi yang di bawah-Nya".

Iman berupa pengucapan dengan lisan, amalan luaran atau amalan (kerja) hati sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Hibban:

Qaul bil-Lisan disebut juga oleh ahli ilmu: "Amal Lisan". Penjelasan ini berdasarkan firman Allah: "Katakanlah/ucapkanlah kami beriman dengan Allah".

"Aku mendengar Syafie berkata: Iman itu perkataan, amal dan iktikad di hati, tidakkah engkau ketahui firman Allah Ta'ala (Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu) iaitu solat kamu semasa menghadap Baitul Makadis. Maka dinamakan sembahyang sebagai iman lantaran ia merupakan ucapan, amal dan iktikad" (Ibn Abdilbarr, 81)

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". (Ash-Shaff, 61:3)

  • Category

  • License

    • Standard YouTube License

Loading...

to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...