Loading...

'Air Mata Hati' Live @ Klasik Nasional(Kumpulan Rangkaian selatan)

13,447 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Oct 6, 2011

Konti Klasik Nasional menjadi meriah dengan kehadiran Kumpulan Rangkaian Selatan yang membuat persembahan secara langsung kepada Sahabat Pendengar Radio Keluarga Negara berkenaan.

Juara Pertandingan Bintang Remaja Lagu Asli, Abby Sabihah berpadu suara dengan Kumpulan Rangkaian selatan dalam 'Air Mata Hati' yang pasti menggamit kenangan pendengar.

Mereka antara kumpulan dan penyanyi ghazal yang bakal mencatat sejarah tersendiri di Karnival Kesenian 'Sounds of Johor 2011' pada 7 - 9 oktober ini bertempat di Taman Merdeka, Johor Bahru.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor melalui urus setia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan buat julung kalinya "Sounds of Johor" dan Catatan Malaysia Book of Records Persembahan Ghazal 24 jam pada 7-9 Oktober 2011 ini di Taman Merdeka, Jln Tasek Utara, Johor Bahru.

Acara ini akan melibatkan persembahan daripada 12 buah kumpulan muzik ghazal yang aktif di negeri Johor seperti Sri Saujana Ghazal, Ledang, Warisan Seni Ghazal, Ledang, Sri Muar Ghazal, Muar, Sri Kelana Ghazal, Muar, Sri Kluang Ghazal, Kluang,Sri Putera Ghazal, Kluang,Sri Bahgia Ghazal, Pontian, Rangkaian Selatan Ghazal, Johor Bahru, Sri Melati Ghazal, Johor Bahru, Sri Pelangi Ghazal, Johor Bahru,Sri Mulia Ghazal, Johor Bahru, Sri Warisan Ghazal, Batu Pahat dan Sri Kenangan Ghazal, Batu Pahat.

Wakil-wakil media massa adalah dijemput untuk hadir membuat liputan besar-besaran. Masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di talian 03 -- 2052 3702 / 07-224 8270 / 223 1249 (JKKN Johor)

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...