Loading...

Umno hasut peneroka Kumai?

2,465 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on May 24, 2012

24 Mei 2012 - Beberapa orang pemimpin Umno felda Kumai dan pengurus felda Kumai dikatakan mendalangi tunjuk perasaan melibatkan 200 orang peneroka di hadapan pejabat felda Kumai kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

Menurut sumber, antara yang dipercayai menjadi dalang demonstrasi ini adalah pengurus felda Kumai sendiri, Ustaz Ismail dari Biro Agama Umno Bahagian Bera, Ustaz Ishak seorang wali hakim dan Tok 4 Kumai. Penduduk tempatan mendakwa merekalah yang menggerakkan peneroka-peneroka ini berdemo sekalipun para peneroka tersebut tak faham sedikitpun tujuan demo.

Pelbagai slogan dan ucapan ditujukan dalam bentuk kutukan kepada 21 orang peneroka Kumai yang turut serta bersama 154 orang peneroka dari seluruh negara yang memfailkan injunksi terhadap bank yang mengeluarkan borang pinjaman saham sebelum ini.

Kesemua 21 peneroka ini dilabelkan sebagai pengkhianat di felda Kumai.

Injunksi tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan. Menurut satu dokumen dari firma guaman yang mewakili bank tersebut, pihak bank tersebut telah bersetuju untuk menarik dari dari skim pinjaman tersebut.

Juga baca laporan Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/198855.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, pengurus felda tersebut kini tertekan dan berusaha untuk mendapatkan simpati peneroka dalam isu ini. Disebarkan maklumat salah bahawa 21 orang peneroka ini telah menyaman pengurus felda tersebut.

Pengurus felda tersebut yang hadir bergambar dalam demo tersebut dikatakan sedang menagih simpati peneroka untuk bersama dengannya dalam isu penyenaraian FGVH.

Demo ini disifatkan oleh penduduk tempatan sebagai satu usaha terancang yang dilakukan untuk menghina dan menyisihkan peneroka-peneroka yang terlibat dalam injunksi tersebut.

Difahamkan modus operandi yang sama turut dijalankan di Felda Triang 3.

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...