Loading...

Tarian Gamelan - Nyanyian Togok dan Tarian Geliong

4,347 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Nov 30, 2011

Dipersembahkan oleh Kumpulan Gamelan Warisan Terengganu dengan diiringi nyanyian oleh Wan Salmah Sulaiman dan korus oleh Ramli Ibrahim, Razali Ismail, Wan Kamariah Mohd, Norhayati (Cikgu Anis), Faisal dan Shariman Shamsuddin dan ditarikan oleh penari asal Kumpulan SUKTRA Terengganu iaitu Wan Aznira Wan Nor, Noranita Hamid, Wan Arina Wan Mohd, Ayusnida Arshad, Salwani dan Badariah Mohd bersempena dengan Festival Muzik Gamelan Sedunia 2010, Kuala Terengganu yang diadakan pada 23-26 Julai 2010 yang lalu. Tari geliong menceritakan tentang kisah pengasuh dan permaisuri muda pergi ke taman Istana dan kedua-duanya membawa bayi masing-masing, pada ketika permasuri turut serta dan begitu asyik memetik bunga bersama-sama dayang baginda, si pengasuh ini telah menukarkan anaknya dengan anak permaisuri tadi dengan meletakkan anaknya tadi ke dalam buaian diraja agar diterima sebagai sebahagian dari keluarga diraja dan suatu hari nanti akan menjadi pemerintah walaupun terpaksa meratapi/sedih kehilangan anak sendiri akibat pertukaran itu.

Kumpulan Gamelan Warisan ini menghimpunkan beberapa nama besar dalam kesenian gamelan Terengganu seperti Othman Abdullah dan Zaharah Hamid yang merupakan waris kepada Adnan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Mak Nang, primadona gamelan istana yang diingati sebagai tokoh tari gamelan Melayu. Kumpulan ini juga dianggotai oleh pelantun vokal lagu-lagu gamelan Melayu terkenal iaitu Puan Wan Salmah Wan Sulaiman yang juga merupakan anak didik Mak Nang, serta beberapa pemuzik gamelan yang pernah berkhidmat dengan Kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA). Dengan mengekalkan ciri-ciri asal persembahan gamelan Melayu dalam aspek muzik dan gerak tari, kumpulan ini dianggap sebagai kesinambungan kumpulan gamelan diraja Terengganu yang menempuh zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Permaisuri Tengku Ampuan Mariam (1920-1942), serta sewaktu kebangkitan semula gamelan Melayu sekitar awal 1970-an~Along (Farizan Razuri)

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...