Loading...

NCRC UUM SERAH RESOLUSI PADA MKN

483 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on May 16, 2012

UUM ONLINE: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghargai peranan yang diketengahkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Northern Corridor Research Centre (NCRC) dalam menyediakan Resolusi Bengkel Pengurusan Bencana Banjir.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, resolusi yang dihasilkan secara bersama melalui perkongsian strategik kerajaan, swasta dan komuniti dalam pengurusan risiko ketika pra, semasa dan pasca bencana banjir ini akan dapat membantu pihak MKN.

"Saya berterima kasih kepada UUM kerana mereka bukan sahaja dapat menyediakan resolusi ini malah telah memainkan peranan yang lebih dari itu termasuk menyediakan pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang lalu, " katanya ketika ditemui di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang menyampaikan resolusi itu berkata, bengkel selama dua hari yang disertai lebih 100 peserta terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan komuniti telah membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya mewujudkan skim takaful banjir dan beberapa persediaan lain samada barangan keperluan, peralatan dan lain-lain bagi membantu penduduk yang terjejas dengan bencana itu.

"Menyedari masalah kekerapan bencana banjir yang berlaku di utara ini maka para penyelidik di UUM-UniMAP telah bekerjasama untuk mengambil inisiatif tanggongjawab sosial korporat (CSR) dengan menjalankan kajian impak banjir dari aspek Sains Sosial dan Sains Teknikal (S&T) bagi membantu kerajaan negeri, swasta dan komuniti dalam mengurangi risiko bencana banjir ini," katanya.

Beliau menambah resolusi yang diserahkan itu mengandungi kajian penyelidikan dan perundingan untuk perkongsian bersama dengan pihak pengurusan banjir negara, praktis terbaik dalam pengurusan bencana banjir dan cara mengurangi risiko bencana banjir pada masa depan.

Dr Mohamed Mustafa berharap dengan kajian yang telah diserahkan ini akan membantu pihak MKN bagi mewujudkan sistem pengurusan data dan Komunikasi yang lebih bersistematik bagi setiap agensi selain daripada cadangan untuk menyediakan teknologi serta peralatan pencegahan dan kawalan pengurusan banjir yang dikeluarkan di peringkat dalam negara.

"Semua pihak harus peka dan kesedaran juga perlu diberikan kepada masyarakat supaya mereka juga dapat bersama-sama untuk mengubah minda serta sikap tentang kepentingan sistem saliran, " katanya.

Dalam pada itu, beliau berpendapat pasukan penyelamat juga perlu dibekalkan dengan peralatan keselamatan terkini supaya operasi bagi membantu mangsa banjir ini dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan mudah.

Habis.

Loading...

to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...