Upload

Loading...

Sebuah Pesanan Untuk Saudaraku

8,455 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Uploaded on Jan 5, 2011

Wahai Saudaraku,

Dunia ini hanyalah satu persinggahan untuk kita mengumpul bekalan sebanyaknya untuk dibawa ke akhirat. Tapi kita seringkali lupa. Ramai yang hanya mencari Allah Yang Maha Esa apabila dihimpit kesusahan dan derita. Sebaliknya melupakan Nya sewaktu senang dan sibuk dengan dunia.

Ya Allah, sudikah Engkau memandangku, mengasihiku dan memberkati hidupku sedang aku selalu lupa kepada Mu?

Ya Rahman, layakkah aku memasuki syurgamu sedang aku sering mengabaikan tuntutan dan tanggungjawabku sebagai hamba Mu?




Ya Rahim, siapalah aku untuk menunda-nunda taubatku sedang hari esok belum tentu kutemu?

Aku tahu dan aku malu Ya Allah. Nikmat yang Engkau berikan terlalu banyak namun terlalu sedikit aku bersyukur. Dosa-dosaku menggunung tinggi. Aku leka dan tertipu dengan dunia sehingga mengabaikan matlamat sebenar kehidupanku, mencari bekalan yang hendak dibawa ke akhirat sana.

Ya Rabbi, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, limpahkan kasih sayang Mu kepadaku dan hadiahkan cahaya Mu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang oleh Mu. Kerana aku tahu, rahmat Mu melangit luas, keampunan Mu maha besar dan agung.

Amin.

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...