YouTube home National Registration Day
Upload

Loading...

Penganas Sulu Kejam, tidak berperikemanusiaan:- DS Ahmad Zahid Hamidi

14,077 views

Loading...

Loading...

Transcript

The interactive transcript could not be loaded.

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Mar 10, 2013

10/3/2013 -- Penganas Sulu Kejam, tidak berperikemanusiaan: DS Ahmad Zahid Hamidi

SEMUA penganas Sulu yang ditahan dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akan dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam kejadian tersebut.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Skuad Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kawasan Gopeng di Dewan Rapat Setia dekat Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival Skuad BN dan NGO Perak, Datuk Mat Isa Ismail; Ketua Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kasim dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Gopeng.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas itu dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Ahmad Zahid berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan.

"Mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam kejadian pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata dipercayai dalang pencerobohan itu, Jamalul Kiram III, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...