Loading...

SLAM - Malam Dan Semalam

76,541 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Apr 9, 2012

Shah merupakan pengasas kumpulan SLAM
Nama asal kumpulan SLAM ialah FIX
Slam telah ditubuhkan pada awal tahun 1993 di Johor Bahru.Bercerita tentang sejarah penubuhan kumpulan ini, Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan bersama Exist pada waktu itu telah menjadi inspirasi kearah terbentuknya Slam.
Dia mengajak teman lamanya iaitu Ajak, Man dan Lili berjuang bersama atas dasar semangat setiakawan yang utuh.
Sebelum bertemu dengan Zamani, Slam terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vocal tersendiri.
Slam terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagi 'Nina` ciptaan Rahim Othman.
Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini dikenali sebagai Johan Music.
Zamani menyertai SLAM ketika berusia 19 tahun.
Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan Slam yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan, Zamani boleh membuat peminat Slam tidak puas memandangnya.
Mana Datangnya Nama SLAM - Mereka sekali lagi terpaksa membuka talian kepada penggemar muzik tanah air yang sudi memberi nama kepada kelima-lima anak muda yang baru dilahirkan kealam seni suara Malaysia.
Dari 3.000 penyertaan yang Berjaya dikumpul, Johan Sound Production dan anak-anak muda yang cukup tegar pegangan muzik ini telah memilih `SLAM` sebagai nama baru menggantikan nama asal 'Fix`.

  • Category

  • License

    • Standard YouTube License

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next

to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...