Loading...

Putera Harapan Ranau

398 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Aug 6, 2011

Seawal jam 3 pagi kami kembali semula ke Rumah Putra Harapan Ranau. Kanak-kanak yang menghuni di rumah ini masih belum bangun dan kelihatan masih mahu terus lena. Amat mengharukan sebenarnya melihat keadaan mereka. Alhamdulillah, walau tidur dan baring di atas tilam usang, mereka tidak pernah mengeluh malah kita lihat mereka tetap nyenyak diulit mimpi dalam keadaan tempat tidur yang serba kekurangan. Sebagai makluman, ruang tidur mereka di bangunan tumpangan ini agak sempit dan tidak mampu memuatkan kesemua penghuni yang ada. Lebih kurang 10 orang dari mereka tidur di ruang tamu.

Krew kami mengambil kesempatan merasai sendiri keadaan penjaga mereka ketika mengejutkan anak-anak ini dari tidur untuk sahur. Lihatlah, antara mereka bermacam-macam keadaan. Ada antaranya yang tidak mahu bangun, masih tidur dalam bangun dan macam-macam lagi. Namun, kami terus juga kejutkan mereka.. Kesabaran dan dedikasi tinggi sesungguhnya diperlukan untuk mentarbiah anak-anak ini. Tahniah kepada penjaga mereka, saudara Sobri. Sememangnya, anda cukup sabar mengharungi dan menghadapi ragam anak-anak ini.

Nasi putih, ikan goreng , sayur dan minuman panas menu bersahur mereka hari ini sudah memadai untuk menampung keperluan tenaga mereka berpuasa seharian. Walau dengan hidangan yang sangat sederhana, namun cukup istimewa sebenarnya bersahur dan merasai suasana makan berjemaah dengan anak-anak di sini.

Selepas solat Subuh, kami meninggalkan mereka dengan hati yang sayu. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kepada mereka selepas ini. Moga-moga mereka terus dirahmati dan dilindungi Allah. Mudah-mudahan juga mereka terus --terusan dikunjungi badan2 ngo dan orang-perseorangan yang prihatin . Doa kami agar kelak kalian bakal menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara.

Nazri Abdullah
www.cahayafm,net

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...