Loading...

Jalan-jalan,cuti-cuti ,Cameron Highlands, Malaysia

30,582 views

Loading...

Loading...

Transcript

The interactive transcript could not be loaded.

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on May 24, 2009

Jalan-jalan,cuti-cuti, http://jalan2cuti2.wordpress.com 3 days 2 nights trip to Cameron Highlands, highland retreat in Malaysia.

Terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands yangboleh dikunjungi seperti Ladang Boh, ladang strawberry, ladang lebah, taman rama-rama, pasar sayur-sayuran, gunung lumut, gunung Brinchang dan banyak lagi. Ia adalah merupakan tempat yang menarik, terletak di dalam negeri Pahang. Ia adalah destinasi pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia dan di dunia.

Udaranya yang sejuk dan nyaman membolehkan anda mengunjungi tempat-tempat yang menarik di sekitar Cameron Highland iaitu di Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Pelbagai tempat-tempat yang menarik dapat dikunjungi tanpa anda merasa letih dan berrpeluh-peluh tidak seperti lain-lain tempat pelancongan sekitar Malaysia yang terletak di tanah rendah atau tanah pamah. Di sini anda akan berasa selesa mengunjungi tempat-tempat menarik dari pagi sampai ke petang.

Bagi yang ingin berbulan madu atau 'honeymoon' di sini, ia menjanjikan kenangan yang pasti tidak akan anda lupakan. Pelbagai tempat penginapan seperti motel, hotel, rumah tumpangan, chalet dan resort terdapat dengan banyaknya di sini. Makanan juga tak perlu anda risaukan sebab terdapat pelbagai restoran, gerai dan warung yang terdapat di Tanah Rata dan Brinchang . Pada waktu malan restoran masakan Thai yang terletak berhadapan dengan Hotel Green Garden di Brinchang menyediakan makanan menu ala Thai yang sedap dan menyelerakan disamping harganya yang berpatutan. Sekiranya anda ingin melancong sambil pergi jalan - jalan ke Cameron Highland waktu yang sesuai untuk anda bertolak ialah awal pagi dan waktu sampai sekurang-kurangnya sebelum 6.00 petang. Perjalanan dari Tapah menuju ke Cameron Highland adalah pilihan yang terbaik sekali kerana terdapatnya pemandangan yang indah sepanjang jalan ke atas ke Cameron Highlands.

Manakala perjalanan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai adalah kurang menarik kerana ia adalah jalanraya yang baru sahaja dibina dan berumur kurang daripada 10 tahun manakala laluan dari Tapah telah wujud semenjak tahu 1930-an lagi, bermula dengan pembinaan yang dijalankan semenjak penjajahan British lagi. Destinasi yang tidak patut anda lepaskan apabila jalan makan angin ke Cameron Highlands ialah ladang Strawberry di Brinchang , ladang teh Boh di Ringlet dan Brinchang dan Taman Rama-ram (Butterfly Garden ).

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...