Loading...

Finalis-Finalis Bintang Idola Berita Harian - Plaza Angsana, Johor Bharu

4,812 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Mar 25, 2010

Lebih 5,000 orang membanjiri Plaza Angsana semalam, untuk menyaksikan pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang diadakan pada siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

Sambutan pertandingan itu amat menggalakkan sehingga ada beberapa peserta sudah berada di luar pusat beli-belah itu sebelum jam 10 pagi, sekali gus menjadi 100 peserta terawal untuk melayakkan mereka menyertai pertandingan berkenaan.

Seorang suri rumah, Rosidah Senin, dari Taman Damai Jaya, Skudai di sini, berkata beliau dan keluarga amat meminati program ABPBH dan tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke program itu bersama ibu dan seorang anak perempuannya.

Saya sangat meminati siri jelajah anjuran Berita Harian ini dan sudah berada di sini sejak jam 3 petang untuk menyaksikan peserta pertandingan termasuk di kalangan rakan anak saya.

Saya mahu berikan sokongan kepada mereka kerana pada BIBH tahun lalu, anak saya, Sharifah Nurul Syahirah,16, turut mendapat sokongan kami sekeluarga sehingga berjaya menjadi naib juara pertandingan ini, katanya.

Sementara itu, rakan anaknya, Syakirah Edora Janali, 17, yang menjadi antara 100 peserta pertandingan itu berkata, beliau berdebar menunggu gilirannya dan tidak menaruh harapan tinggi kerana menyedari saingannya juga hebat.

Antara juri pertandingan ialah, komposer Ramli MS; Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi ABPBH2009, Hanizam Abdullah, Penolong Pengarang Bintang Popular Berita Harian, Zainuri Misfar; dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...