Loading...

SILAT KUNINGAN - SENAMAN SILAT

5,485 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Sep 13, 2008

SENAMAN SILAT diwujudkan atas permintaan Persekutuan Silat Singapura (Persisi). Senaman Silat iaitu sejenis senaman unik yang telah wujud sejak tahun 1990 dan saranan dari Singapore Sports Council (SSC) untuk menggalakkan khasnya Masyarakat Melayu bersenam. Senaman Silat ini dipersetujui oleh Persisi dan diakui oleh SSC. Sebagai sejenis senaman yang amat seimbang dan digalakkan supaya dimasyarakatkan. Terutamanya dikalangan Masyarakat Melayu. Persekutuan Silat Antarabangsa (Persilat) juga menerima dan mengakui bahawa Senaman Silat ini sebagai senaman hak jati Singapura dalam Konvensyen Silat Antarabangsa di Jakarta pada tahun 1991. Senaman Silat telah dikembangkan di banyak Balai Rakyat. Senaman Silat ini mengandungi 50 gerak yang dilakukan secara perlahan dan pernafasan yang teratur. Matlamat Senaman Silat ini ialah meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan ketahanan otot, meningkatkan ketahanan cardio-vascular (Jantung), mengukuhkan daya ingatan, mengemaskan psykomoto terutamanya untuk kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia, menghilangkan tekanan dan ketegangan (stress dan tension), bersantai sambil bersenam, mengeratkan perhubungan antara para peserta, dapat bersenam sambil bersantai bersama keluarga di rumah atau di mana-mana tempat yang sesuai. Senaman Silat ini merupakan sejenis senaman yang perlahan yang amat santai. Ianya diiringi muzik gammelan yang membawa pelakunya kembali kepada keindahan alam dan ketenangan jiwa. Ianya juga merupakan senaman pembakar lemak (fat burning exercise). Melakukan kesemua 50 gerak Senaman Silat ini berulang-ulang selama 20 hingga 30 minit sudah memadai untuk meningkatkan denyutan jantung pelakunya ke tahap 70% tahap maksimam. Jika dilakukan setiap hari akan meningkatkan kesihatan dan ketahanan fizikal, otot dan jantung.

Biodata :- Abdul Rahim Abdul Rashad.
Waris Beradat Silat Kuningan (Singapura).
Pengasas SENAMAN SILAT.
Mantan Curriculum Specialiest Malay Language (Ministry of Education).
Mantan Guru Pendidikan Jasmani yang Terlatih.

Loading...

Advertisement
When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...