Loading...

Senam Seni 1 MALAYSIA (EDISI 10/1/2012/JKKN-SPM/RTM)

32,277 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Uploaded on Jan 10, 2012

Kali ini Senam Seni 1 Malaysia memulakan langkah baru di tahun 2012 dan telahpun memasuki minggu ke-10 secara keseluruhannya. Dengan gerak sewang dan komuniti India dijadikan asas dalam senaman kali ini. Bertempat di Studio 2, Wisma TV, An...gkasapuri pada 10 Januari 2012 diketuai oleh Muhammad Izwan Suhairi bersama Kumpulan Kesenian Cemerlang JKKN dari Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya (Industri Kreatif) yang disiarkan secara langsung di saluran TV 1 (RTM) melalui slot Selamat Pagi Malaysia(SPM) pada setiap hari Selasa bermula jam 7.25 pagi. Berikut ialah rakaman video untuk Edisi 10/1/2012/SPM/JKKN melabuh tirai bagi tahun 2011. Selamat bersenam!...

Program ini adalah kerjasama antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama Radio Televisyen Malaysia melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Turut menjayakan program senaman mingguan ini ialah FIGOS (Malaysia) serta 100 PLUS (Malaysia) melalui tajaan barangan ssenaman serta minuman tenaga bagi memastikan kecergasan artis-artis budaya yang terlibat dalam mempromosikan Senam seni 1 Malaysia ini.

Program ini juga bakal melibatkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan serta Ibu Pejabat secara giliran.

Senam Seni Malaysia adalah satu produk senaman berirama (senam robik) yang telah diusahakan oleh JKKN dengan kerjasama Istana Budaya dan Majlis Kecergasan Malaysia (MKK), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Gerakan dalam senamrobik ini dikoreograf bersama jurulatih tari dan jurulatih kecergasan dengan memasukkan elemen tarian seperti Joget, Inang, Zapin, Tarian Masyarakat Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan gerak seni bela diri masyarakat Malaysia sebagai gerakan senaman dan muzik kaum-kaum di Malaysia sebagai muzik latar.

Tempoh masa gerakan Senam Seni Malaysia adalah selama 27 minit dengan konsep kecergasan menggunakan konsep senamrobik mengikut piawaian antarabangsa yang mengandungi elemen memanaskan badan, regangan, kardiovaskular (aerobik) dan menyejukkan badan. Aktiviti Senam Seni Malaysia boleh dilakukan oleh semua orang kecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik. Versi terkini Senam Seni 1Malaysia mempunyai durasi masanya selama 30 minit mengikut permintaan orang ramai.

Antara objektifnya untuk menjadikan Senam Seni Malaysia sebagai aktiviti menjalin kemesraan, persahabatan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga dapat memperkenal gerak dalam tarian tradisional kaum-kaum utama di Malaysia sebagai elemen senaman.

Memasukkan elemen seni budaya dalam aktiviti kecergasan senamrobik. Selain itu melalui aktiviti yang dianjurkan ini, penyertaan rakyat pelbagai kaum, pelbagai peringkat umur, peringkat latarbelakang di dalam satu acara yang serentak dan senada seirama berdasarkan gerak-gerak irama Malaysia dapat menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya 1 Malaysia.

Anda boleh mendapatkan video penuh Senam Seni 1 Malaysia dengan pembelian DVD Senam Seni 1 Malaysia secara langsung dari seluruh pejabat JKKN seluruh negara atau secara online di www.postme.com.my.

Segala maklumat berkaitan Senam seni 1 Malaysia boleh didapati www.jkkn.gov.my atau menjadi rakan Facebook dengan kata kunci 'Senam Seni'....:)

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...