Upload

Loading...

Lafaz Iqamah Sebelum Solat

44,959 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Oct 17, 2012

Lafaz Iqamah / Iqamat atau qamat
✔Iqamah : ucapan yang dilafazkan sebelum menunaikan solat fardhu. Ianya juga disebut iqamah/qamat. Menurut bahasa bererti berdiri. Menurut syara'; menyuruh bangkit dan berdiri yang hadir kepada mengerjakan sembahyang dengan lafaz-lafaz yang tertentu.

Imam al Bukhari menyatakan dalam Sahih al Bukhari yang bermaksud :
"Daripada Malik bin Huwairith, daripada sabda Nabi SAW; Apabila telah datang solat (hendak didirikan), laksanakanlah azan dan iqamat. Kemudian lantiklah mereka yang dewasa untuk menjadi imam kamu."
✔Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir segera mengatur shaff (barisan) solat sehingga para makmum siap menjalankan solat berjamaah.

✔Menurut Mazhab Syafie bahwa amalan azan dan iqamah ini sunnat mu'akkad . Menurut Imam Syafie, sunat bangun setelah tamat Iqamah
✔Iqamah dilakukan selepas azan yang dilaungkan untuk menandakan solat akan dimulakan.
✔Menurut mazhab yang empat, afdhal orang yang azan, dialah sendiri yang iqamah.
✔Dalam solat sunat tidak perlu dilakukan iqamah.
✔Apabila melakukan Solat Jama', hendaklah sesorang itu Azan, dikuti dengan Iqamah, selepas selesai solat pertama, bangun lalu melakukan iqamah bagi solat kedua, dan dikuti dengan solat kedua.

✔Bagi orang yang mendengarnya hendaklah dijawab dengan lafaz yang sama seperti menjawab lafaz azan kecuali ( قدقامت الصلاة ) Qadqamatissolah Qadqamatis solah hendaklah dijawab dengan ( أقامها الله وأدامها ) lafaz Aqaamahallahu wa adaamahaa maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal

✔Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda

✔Jika ingin melakukan solat JAMA' & QASAR hanya perlu azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk)
"Nabi s.a.w telah menghimpunkan antara Maghrib dan Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan dua kali iqamah". (Muslim:1218)
________________________________________
✔Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
Di riwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., bermaksud :
"Bahawa Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga Al Hasan bin Ali (sebalah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan Iqamah pada telinga kirinya."

Jika salah sila perbetulkan dan tegur kerana saya baru belajar.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam والله أعلم بالصواب .--------

  • Category

  • License

    • Standard YouTube License

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...