Upload

Loading icon Loading...

This video is unavailable.

Kg Baru: Pakatan bentangkan pelan alternatif

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to like KiniTV's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to dislike KiniTV's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to add KiniTV's video to your playlist.

Uploaded on Aug 8, 2010

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa pegangan kaum Bumiputera ke atas tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur akan dikekalkan melalui satu pelan pembangunan alternatif.

Pelan tersebut yang dibentangkan kepada pemilik tanah berkenaan hari ini dirancang dengan pembentukan satu tabung amanah untuk mentadbir tanah seluas kira-kira 300 ekar itu.

Sesi penerangan di Dewan Kelab Sultan Ismail, Kampung Baru itu dianjurkan oleh pejabat ahli parlimen Titiwangsa dan pejabat menteri besar Selangor.

Dalam ucapannya, Khalid menjelaskan bahawa tabung amanah berkenaan merupakan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan satu perbadanan untuk bagi memajukan tanah tersebut.

Khalid berkata, melalui rancangan alternatif itu, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka.

Tanah itu juga dirancang supaya ditukar statusnya menjadi tanah komersil dengan pegangan bebas.

Dua bentuk saham akan ditawarkan, dan salah satunya diberikan mengikut keluasan tanah.

"Saya cadangkan supaya buat tabung amanah tapi sewa tanah dan geran dijadikan unit saham yang boleh dipecah-pecahkan.

"Kalau ada 10,000 kaki persegi contohnya, boleh jadi 10,000 unit saham.

"Saham tanah ini tidak boleh diurusniaga melainkan kepada orang Melayu sahaja. Jadi tanah di kawasan pembangunan baru ini dimiliki 100 peratus oleh orang Melayu sahaja," katanya

Bagi memberi pulangan kepada pemilik tanah, saham kedua akan diberikan, yang memberi pulangan melalui hasil sewa tanah tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata pembangunan hanya boleh dibuat sekiranya kesemua pemilik tanah sepakat dalam memajukannya mengikut kaedah tersebut.

Tambahnya, pembangunan berkenan boleh dijalankan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang akan menerajui projek pembangunan berkenaan.

Katanya, PKNS boleh memanggil firma tempatan dan antarabangsa untuk mengemukakan pelan pembangunan yang sesuai.

Katanya lagi, beliau mencadangkan supaya menggunakan kepakaran seorang arkitek ternama, Prof Abdul Wahid Al-Wakil.

"Dia orang Mesir yang banyak kali menerima hadiah Aga Khan untuk perancangan bandar Islam," katanya lagi.

Bercakap kepada kira-kira 300 orang penduduk Kampung Baru yang hadir, beliau membuat cadangan itu memandangkan pembangunan kawasan itu dirancang supaya mengekalkan identiti kampung warisan Melayu-Islam.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Khalid juga berkata pemberian saham untuk tanah berkenaan juga mampu menyelesaikan masalah agihan dan pewarisan harta tanah tersebut di kalangan pemiliknya.

Jelasnya, saham lebih mudah untuk dibahagikan tetapi tidak memberi kesan fizikal kepada tanah tersebut.

Khalid juga berkata, penduduk berkenaan mendapat tanah berkenaan melalui undang-undang Malay Agricultural Settlement (MAS) oleh British.

Namun, undang-undang itu tidak lagi terpakai selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada 1974.

Bagaimanapun, konsep MAS itu akan diambil kira, dengan cadangan untuk melantik ahli lembaga MAS yang masih wujud ke dalam badan amanah yang akan diwujudkan.

"Tujuannya untuk beri kita peluang untuk bergerak cari jalan penyelesaian pembangunan Kampung Baru dengan cara paling tertib dan ambil kira kepentingan budaya Kampung Baru," katanya lagi.

Dalam sidang media sama, ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata satu lagi pertemuan akan diadakan dengan penduduk selepas rang undang-undang Deraf Pelan Kuala Lumpur 2020 dibentangkan di parlimen pada Oktober.

"Kira akan buat satu lagi perjumpaan dengan penduduk untuk tahu apakah kandungan rang undang-undang itu. Apakah yang patut dan tidak sepatutnya dipersetujui," katanya lagi.

Turut hadir ke majlis tersebut hari ini ialah pengurus besar PKNS Roslan Baharuddin.

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Ratings have been disabled for this video.
Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.

Loading icon Loading...

Advertisement
Loading...
Working...
to add this to Watch Later

Add to