Loading...

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ~ SENTIASA DI ANGKASA RAYA

18,477 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Oct 3, 2011

kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Russia Военно-воздушные cилы

SENTIASA DI ANGKASA RAYA
http://www.airforce.gov.my/

TUDM MALAYSIA BANGUNKAN PUSAT SIMULASI JET SUKHOI PERTAMA DI ASIA

BESUT: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang juga satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online seperti mana dalam persekitaran penerbangan sebenar.
Katanya, sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, HeiTech Padu Berhad (HeiTech), dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lalu.

"Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat itu dekat sini hari ini.

Dr Ahmad Zahid berkata, sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini.

Katanya, TUDM mendahului negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang kerana negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata, pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju.

Katanya, pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dengan HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawab mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga 2020.

Beliau berkata, Malaysia juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara yang memerlukan dan sistem simulasi itu bukan hanya khusus untuk pesawat tempur tetapi boleh digunakan untuk simulasi pesawat komersial.

"Sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

Selepas perasmian, Ahmad Zahidi mencuba alat simulasi itu selama kira-kira 40 minit dengan diselia jurulatih penerbangan. - BERNAMA




sumber : http://www.bharian.com.my/articles/TU...

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...