Loading...

'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran

9,693 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Jan 1, 2013

"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.

Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

Muhammad Nasir yang ditemui Malaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.

Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.

Sebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.
http://www.malaysiakini.com/news/217792


Sedikit fakta tengtang Sang Saka Rakyat untuk rujukan. sebagai berikut:

Fakta ringkas tentang upacara menaikkan Sang Saka Rakyat (atau Sang Saka Merah Putih Rakyat)(menurut berita "Zhanyoubao—Akhbar Rakan Veteran Tentera Anti-Jepun"10 Disember 1947).

Pada jam 8.30 pagi (10 Dis.),Sang Saka Rakyat Malaya dinaikkan oleh Yang Dipertuan PKMM Singapura,Encik Taha, berkibar di atas bangunan Liga Demokrasi Malaya, ia julung-juluan kali berkibar di angkasa Singapura, warna merah putihnya menyerlah di bawah sinar matahari pagi, ia malambangkan demokrasi dan kebebasan Malaya baru akan datang.

Ratusan orang perwakilan pertubuhan-pertubuhan rakyat dan tokoh-tokoh kenamaan semua bangsa berdiri di bawah Sang Saka itu serentak menatap ke atas bendera.
Setelah upacara itu selesai, para perwakilan masing-masing berkejar balik ke bangunan pertubuhan mereka dan terus menaikkan Sang Saka Merah Putih.

Petikan Ucapan Yang Dipertua PKMM Singapura

Hari ini upacara yang sama akan diadakan di pelbagai bandar raya Malaya.Bendera ini adalah direkabentuk bersama oleh PUTERA dan AMCJA, kerana ia melambangkan perpaduan rakyat Malaya, maka ia dinakakan Sang Saka Rakyat Malaya, dan perpaduan ini akan semakin kukuh.Dalam perjuangan melawan kekuatan reaksioner, pergerakan demokrasi rakyat telah mencapai kemajuan pesat.Kita yakin penuh bahawa perjuangan demokrasi akan maju terus ke hadapan.

Warna tanah Sang Saka Merah Putih ini mempunyai makna bersejarah bagi rakyat Malaya. Merah Putih dipilih kerana ia pernah dipakai oleh Kerajaan Melaka.Pada masa penjajahan Pertugal dan Belanda, Merah Putih merupakan tanda perlawanan rakyat negara ini.Jadi, dihubungkan dengan sejarah mulia masa silam itu, warna tanah Merah Putih Sang Saka Rakyat adalah paling sesuai.

Pergerakan demokrasi rakyat Malaya memerlukan suatu lambang besar dankuat yang boleh mewakili bangsa yang baru membangun, Sang Saka merah Putik direkabentuk adalah untuk memenuhi keperluan ini.

Bandar—Bandar yang diadakan upacara itu pada pagi itu sebagai beriikut:
Melaka,Kuala Lumpur, Kajang, Ipoh.

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...