Loading...

Tarian Gamelan - Perang Manggong

31,716 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Nov 18, 2010

Dipersembahkan oleh Kumpulan Gamelan Warisan Terengganu bersempena dengan Simposium dan Festival Muzik Gamelan Sedunia 2008, Kuala Terengganu yang diadakan pada 26-29 Ogos 2008. Tarian Ini menceritakan tentang Seri Panji dan Manggong yang berkelahi setelah mereka bermain laga-laga ayam dan akhirnya membawa kepada pertikaman salah seorang darinya. Kesal dengan apa yang telah berlaku, Seri Panji menangisi kematian Manggong, dengan pertolongan Betara Guru, Manggong dihidupkan balik dan Seri Panji kemudiannya telah mengajaknya pergi berburu burung dan hasil yang diperolehi diberikan kepada Manggong sebagai usaha memujuk atau memulihkan kembali persahabatan mereka.

Kumpulan Gamelan Warisan ini menghimpunkan beberapa nama besar dalam kesenian gamelan Terengganu seperti Othman Abdullah dan Zaharah Hamid yang merupakan waris kepada Adnan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Mak Nang, primadona gamelan istana yang diingati sebagai tokoh tari gamelan Melayu. Kumpulan ini juga dianggotai oleh pelantun vokal lagu-lagu gamelan Melayu terkenal iaitu Puan Wan Salmah Wan Sulaiman yang juga merupakan anak didik Mak Nang, serta beberapa pemuzik gamelan yang pernah berkhidmat dengan Kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA). Dengan mengekalkan ciri-ciri asal persembahan gamelan Melayu dalam aspek muzik dan gerak tari, kumpulan ini dianggap sebagai kesinambungan kumpulan gamelan diraja Terengganu yang menempuh zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Permaisuri Tengku Ampuan Mariam (1920-1942), serta sewaktu kebangkitan semula gamelan Melayu sekitar awal 1970-an~Along (Farizan Razuri)

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...