Loading...

Jelajah ABPBH 2010: Bahang Shah Alam

18,503 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Published on Feb 23, 2011

Hampir 5,000 pengunjung silih berganti penuhi SACC Mall.

BAHANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 cukup terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama ABPBH di SACC Mall, Shah Alam, pada Sabtu dan Ahad lalu yang menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Orang ramai yang hadir silih dan kebanyakannya enggan berganjak selama hampir empat jam di ruang legar SACC Mall ini kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri penampilan secara eksklusif 23 artis, personaliti TV dan radio yang juga finalis ABPBH 2010.

Bukan sahaja boleh mendengar celoteh mereka, tetapi pengunjung juga turut disajikan dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan. Daripada persembahan nyanyian sehinggalah kepada telatah lucu daripada setiap finalis menjadikan bahang kemeriahan dalam SACC Mall ini cukup dirasai.

Seawal jam 10 pagi, ribuan peminat sudah membanjiri pusat membeli belah di Shah Alam ini dan tidak berganjak sehinggalah kelibat penyanyi Anuar Zain yang juga finalis Penyanyi Lelaki Popular, Zizan (Artis Komedi Lelaki Popular/ Pengacara TV Lelaki Popular), Shaheizy Sam (Pelakon TV Lelaki Popular/ Pelakon Filem Lelaki Popular) dan Scha Alyahya (Pelakon TV Wanita Popular/ Pelakon Filem Wanita Popular) muncul pada lewat petang.

Shahiezy Sam antara yang muncul paling awal pada acara ini, mengakui pada mulanya dia sangat berdebar-debar dan terkejut dengan kehadiran ramai pengunjung.

"Saya tidak pernah menghadapi pengalaman seperti ini, pengalaman berhadapan dengan terlalu ramai orang. Kalau dalam set penggambaran, cuma dengan beberapa krew saja, tetapi pada hari ini, saya berdepan dengan ramai orang.
"Tapi ia menyeronokkan. Saya perlukan masa untuk berbual dengan mereka (peminat). Mungkin kalau ada masa yang panjang sedikit, saya boleh mengawal diri saya daripada perasaan malu-malu ini," katanya.

Kemunculan Sam dengan diiringi oleh Lisa Surihani menyebabkan suasana di ruang legar menjadi riuh. Ditambah pula dengan gelagat dan celoteh daripada penyampai radio HotFM seperti Fara Fauzana, Kieran dan AG serta calon Artis Komedi Lelaki Popular, Along menjadikan suasana semakin gamat.

Lebih lanjut di : http://www.abpbh.com.my/abpbh.php?id=111

Loading...

Advertisement
When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...