Loading...

Elmi Zulkarnain fma04 Yunos Erksan Sajak - Melayu Ada

1,293 views

Loading...

Loading...

Loading...

Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.
Uploaded on May 5, 2009

Maaf. Video yang dinaik muatkan sebelum ini ada masalah sedikit ...
Sekali lagi ... jengx3!

Acara dalam acara. Festival Melayu Ada dalam Festival Seni Melayu 2009 @ Taman Warisan Melayu.

Terimalah sajak:

*** Melayu Ada ***
oleh Elmi Zulkarnain

Semalam, tatkala senja menjelang
Aku bercanda dengan ilhamku
Sehingga tercoret untaian kekata
Yang melukis isi hati berbicara
Sanubari ke mata
Telinga ke minda
Kembali pada jiwa

Sajak ini mungkin pekat berkias
Sajak ini mungkin menggugat
fikiran yang bernas
Yang sebetulnya,
Sajak ini cuba membongkar kekuatan
Satu bangsa ...

Yang seringnya teraniaya
Dengan pandangan2 stereotaip
Yang sering tiada munasabahnya
Yang cuba melemahkan kita
Yang membantah kejatian Melayu Singapura

Ada orang kata
Melayu Mudah Lupa
Jawabku, itu kata
Jembalang2 gila !

Kali ini langit akan mengiringi semangatku
Sedang aku memberontak
Dengan metafora2 tajam
Dengan perumpamaan
Yang bakal merejam

Sedang aku berdiri tegar
Dengan penuh keberanian
Aku melontarkan satu kenyataan
Melayu Ada!

Melayu ada akal
Kemampuan berasaskan makrifat
Pendirian yang cekal
Akan ku jirus debu-debu kejahilan
Agar cahaya pengetahuan
Dapat menyinari masa depan
Agar Melayu menjadi bangsa berpegangan
Agar anak-anak Melayu hidup kebanggaan

Melayu ada kebebasan
Merdeka untuk menggoncang dunia
Memperjuangkan hak bangsa
Bebas mengejar kesamarataan
Bebas menggapai kegemilangan
Bebas hidup dalam kedamaian

Melayu ada maruah
Pertahankan adat yang beradab
Perjuangkan bahasa & seni
yang menjadi sendi budaya
Yang perlihatkan
Keindahan dan kelembutan
Bangsa
Menampilkan jiwa bersantun kita
Walaupun kau cuba benamkan
Senjata ke jasadku
Maruahku tetap bernyawa
Tiada akan lenyap hingga ke akhir masa

Melayu bangsa yang bukan superfisial
Bukan bangsa yang kontroversial
Bukan bangsa yang mengejar fatamorgana
Melayu adalah Melayu kerana jiwanya

Melayu ada Melayunya -
Kegagahan, kecenderungan, keriangan
Kebenaran, kebesaran, kesusasteraan
Dan yang penting,
Kepercayaan
Pada Tuhan dan rukun agama
Pada siratulrahim dan keluarga
Pada hidup dan hidup selepas mati
Pada keikhlasan yang abadi

Melayu ada Melayunya
Kerana Melayu ada kita semua!

Salam terima kasih buat pihak penganjur. Sahabat & mentor Sdr Rafaat Hj Hamzah. Sdr Zaibaktian yang sudi berkongsi platform. Sdr Ard (dulu Bhumiband), Yunos Erksan dan members seniman yang lain yang telah menjayakan FMA.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Dewi Nurazlin ... *wink2*

  • Category

  • License

    • Standard YouTube License

Loading...

When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.

Up next


to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...