840
  • MASEH 2017: MALAM SERIBU HARAPAN.

    425 views 7 months ago
    MASEH 2017: MALAM SERIBU HARAPAN.

    PUSAT KONVENSYEN BANK RAKYAT, KUALA LUMPUR.
    5 MEI 2017

    Kuala Lumpur, 6 Mei 2017 - Bagi mendapatkan dana tambahan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan kurang bernasib baik, D'Tandoor International Group of Companies (DTIGC) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan majlis makan malam amal, Malam Seribu Harapan (MASEH) 2017 di Pusat Konvensyen Bank Rakyat (BRCC), di sini malam tadi.
    Acara yang telah diadakan sejak 2004 semenjak tragedi tsunami melanda negara ini juga bertujuan meraikan Jubli Perak DTIGC dan juga Ulang Tahun ke-33 Penubuhan UUM serta mendapatkan dana kecemerlangan untuk SBM UUM.
    Majlis dihadiri lebih 1,000 tetamu dan diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Sri Alias Haji Ahmad mewakili Menteri Pendidikan, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid.
    Dato' Sri Alias yang membaca teks ucapan Menteri Pendidikan merakamkan ucapan tahniah kepada SBM dan DTIGC yang bersama-sama menjayakan majlis amal tersebut bagi membantu golongan kurang bernasib baik seperti orang kelainan upaya (OKU), pesakit Autisme dan Syndrome Down.
    "Seperti yang kita semua maklum ekonomi negara kini menghadapi masa yang mencabar akibat ketidaktentuan ekonomi global, namun begitu saya bangga dengan UUM yang terus komited dan gigih berusaha menjana pendapatan bagi menampung kos pengoperasian dan pembangunan pelajar serta staf di samping beramal membantu golongan kurang bernasib baik melalui majlis makan malam amal ini," ujarnya yang menyempurnakan pelancaran Tabung Endowment SBM dan merasmikan MASEH 2017.
    Menurutnya lagi jalinan perkongsian bijak dan kerjasama strategik di antara UUM dan sektor korporat ini selaras dengan pendekatan strategik di bawah Strategi Lautan Biru Nasional yang diperkenalkan kerajaan beberapa tahun lalu telah mengecilkan jurang silo, meningkatkan keberhasilan dan menjimatkan kos.
    "Di samping itu ia juga bertepatan dengan langkah kerajaan menyediakan generasi baharu masa hadapan berlandaskan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri beberapa bulan lalu," tambahnya.
    Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UUM, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir dalam ucapannya berkata jalinan kerjasama antara universiti dengan sektor korporat bukan sahaja memberi pengalaman berguna kepada pelajar malahan meningkatkan kualiti serta kebolehpasaran graduan UUM yang bakal mengisi ruang pekerjaan dalam bidang pengurusan.
    "Saya amat berbangga dengan komitmen UUM yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama dengan industri dalam apa juga inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan sebagai usaha mendekatkan warga universiti dengan masyarakat khususnya golongan kurang bernasib baik."
    "Saya percaya jalinan kerjasama strategik seumpama ini akan membuka lebih banyak peluang kepada warga kerja akademik UUM dalam mempertingkatkan keupayaan pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing serta dapat meluaskan perspektif terhadap keperluan semasa dunia luar bagi membantu meningkatkan daya saing di peringkat global sekali gus melonjakkan kedudukan universiti di peringkat dunia," katanya.
    Sementara itu Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) yang juga pengasas DTIGC, Datuk Abdul Malik Abdullah, berkata DTIGC terlibat secara aktif dalam bidang CSR dengan menerajui beberapa inisiatif bagi mendapatkan faedah dan peruntukan untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat selaras dengan objektif penganjuran majlis amal ini untuk mengumpul dana bantuan kepada mereka yang memerlukan.
    Pada majlis itu juga UUM turut melantik Datuk Abdul Malik Abdullah sebagai Felo Adjung di SBM UUM.
    Turut disampaikan Anugerah Khas MASEH 2017 kepada Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat), Dato Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad yang menerima Anugerah Kerohanian Komuniti dan Anugerah Impak Sosial MASEH 2017 kepada Pengarah Urusan Brickfields Asia College, Raja Singham.
    Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada Dato' Ramli Sarip, Dato' Khadijah Ibrahim dan kanak-kanak dari Persatuan Sindrom Down Malaysia.
    Hadir sama Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak: Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dan pegawai-pegawai kanan UUM.
    Galakkan Kiriman Show less
    Read more
  • Uploads Play all

    This item has been hidden
to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...