3
  • Malam Semarak Kasih YBUDR 2015

    486 views 1 year ago
    Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan berangkat menghadiri Malam Semarak Kasih Lima Tahun Yayasan Bina Upaya Daruk Ridzuan (YBUDR) di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di sini.

    Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

    Mengiringi baginda berdua, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli.

    Yang turut hadir, Pengerusi YBUDR merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan dan Pertanian Negeri, Datuk Saarani Mohamad.

    Malam Semarak Kasih ini diadakan sempena meraikan ulang tahun penubuhan YBUDR sebagai mata dan telinga kerajaan negeri bagi agenda pembasmian kemiskinan dan membina upaya golongan miskin di negeri Perak.

    Antara kemudahan yang disediakan YBUDR adalah Khidmat Mikro Kredit tanpa faedah kepada usahawan kecil, skim bantuan perumahan yang menyasarkan golongan miskin, Bantuan Kotak Makanan serta Kedai Bergerak 1Amanjaya (KB1AJ).

    Sejak ditubuhkan pada Oktober 2009, usaha yang dilaksanakan YBUDR berjaya mendapat pengiktirafan global, Anugerah Global Kewangan Islam (GIFA) 2014 iaitu antara pengiktirafan berprestij dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Show less
    Read more
to add this to Watch Later

Add to

Loading playlists...