<?xml version="1.0" encoding="utf-8" ?><transcript><text start="8.87" dur="3.6">Sel merupakan unit kehidupan yang paling kecil bagi sesuatu organisma.</text><text start="13.8" dur="2.639">Semua jenis sel mempunyai tiga perkara yang serupa</text><text start="16.439" dur="2.12">tidak mengira apa jenis sel pun.</text><text start="19.22" dur="5.78">Semua sel memiliki membran sel yang mengasingkan bahagian dalam sel daripada persekitaran luar sel,</text><text start="26.04" dur="2.96">sitoplasma ialah bendalir seperti jeli,</text><text start="29.4" dur="3.2">dan DNA merupakan bahan genetik bagi sesebuah sel</text><text start="35.2" dur="2.58">Terdapat dua kategori besar untuk sel.</text><text start="39.48" dur="3.52">Kategori pertama ialah sel eukaryot.</text><text start="43.1" dur="1.69">Ianya mempunyai organel</text><text start="44.79" dur="3.2">termasuk nukleus dan bahagian-bahagian istimewa yang lain.</text><text start="49.2" dur="3.52">Sel Eukaryot adalah sel yang lebih maju dan kompleks</text><text start="52.72" dur="2.68">seperti yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan.</text><text start="57.31" dur="3.63">Kategori yang kedua ialah sel prokaryot.</text><text start="60.94" dur="3.84">Ianya tidak mempunyai nukleus atau organel yang dilitupi membran.</text><text start="64.78" dur="4.78">Ianya mempunyai bahan genetik tetapi tidak terletak di dalam nucleus.</text><text start="69.98" dur="3.1">Sel prokaryot sentiasa bersel satu,</text><text start="73.09" dur="3.44">ataupun organisma uniselular, seperti bakteria.</text><text start="80.28" dur="1.88">Jadi, apakah itu organel?</text><text start="82.7" dur="2.3">Organel bermaksud organ kecil.</text><text start="86.48" dur="5.22">Organel adalah bahagian sel yang dikhaskan untuk melaksanakan tugas-tugas yang unik.</text><text start="92.86" dur="4.1">Mari mulakan dengan nucleus, pusat kawalan untuk sebuah sel.</text><text start="98.67" dur="3.9">Nukleus mengandungi DNA atau bahan genetik.</text><text start="103.18" dur="2.88">DNA mengarahkan apa yang sel akan lakukan</text><text start="106.06" dur="2.1">dan ianya akan berlaku seperti ini.</text><text start="108.68" dur="5.259">Kromatin, merupakan sejenis DNA yang terungkai boleh dijumpai di dalam membran nuklear.</text><text start="116.38" dur="1.96">Apabila sel sedia untuk membahagi menjadi dua</text><text start="118.34" dur="4.16">DNA menebal menjadi struktur yang dikenali sebagai kromosom.</text><text start="126.9" dur="3.2">Nukleus juga mengandungi nucleolus,</text><text start="130.82" dur="2.64">yang merupakan satu struktur yang menghasilkan ribosom.</text><text start="136.36" dur="2.78">Apabila ribosom meninggalkan nukleus</text><text start="139.14" dur="2.74">ianya akan menjalankan tugas penting untuk proses sintesis</text><text start="141.88" dur="2.32">atau membuat protein.</text><text start="147.87" dur="4.04">Di luar nucleus, ribosom dan lain-lain organel</text><text start="151.91" dur="3.85">terapung-apung dalam sitoplasma, iaitu bahan seakan-akan jeli.</text><text start="158" dur="3.7">Ribosom bergerak bebas dalam sitoplasma</text><text start="162.34" dur="5.74">atau melekat kepada reticulum endoplasmic yang disingkatkan menjadi ER.</text><text start="168.68" dur="2">Terdapat dua jenis ER:</text><text start="170.68" dur="3.47">ER kasar mengandungi ribosom melekat padanya</text><text start="174.15" dur="3.93">dan ER licin yang tidak mempunyai ribosom terlekat padanya.</text><text start="180.04" dur="2.5">Retikulum endoplasmik</text><text start="182.55" dur="3.78">merupakan laluan yang dirangkum membran untuk menghantar bahan-bahan</text><text start="186.33" dur="3.21">seperti protein yang telah disintesiskan oleh ribosom.</text><text start="192.1" dur="2">Protein dan bahan-bahan lain</text><text start="194.1" dur="2.75">muncul daripada retikulum endoplasmik</text><text start="196.85" dur="1.76">dalam vesikel-vesikel kecil</text><text start="200.15" dur="3.66">dan aparatus Golgi, atau jasad Golgi</text><text start="203.81" dur="1.66">menerima vesikel-vesikel ini.</text><text start="206.959" dur="4.051">Apabila protein bergerak melalu jasad Golgi, ianya diubahsuai</text><text start="211.01" dur="2.2">kepada bentuk yang boleh digunakan oleh sel.</text><text start="215.87" dur="4.36">Jasad Golgi melipat-lipat protein kepada bentuk yang boleh digunakan.</text><text start="220.23" dur="3.32">atau menambah bahan lain kepada protein</text><text start="223.55" dur="1.2">seperti lipid</text><text start="225.7" dur="1.44">atau karbohidrat.</text><text start="230.22" dur="4.08">Vakuol adalah struktur seakan pundi berfungsi menyimpan bahan-bahan yang berbeza.</text><text start="234.95" dur="4.2">Sini, di dalam sel tumbuhan ini, vakuol tengah menyimpan air.</text><text start="243.16" dur="1.98">Berbalik semula ke sel haiwan,</text><text start="245.14" dur="3.04">anda akan lihat organel yang dipanggil lisosoma.</text><text start="248.7" dur="2.7">Lisosoma merupakan pengumpul sampah</text><text start="251.4" dur="2.96">yang mengambil masuk bahagian-bahagian sel yang rosak dan telah mati.</text><text start="255.09" dur="4.35">Ianya berisi dengan enzim-enzim yang akan menghapuskan sisa sel ini.</text><text start="260.86" dur="4.04">Mitokondrion merupakan organel yang menjadi rumah janakuasa kepada kedua-dua</text><text start="264.91" dur="1.8">sel haiwan dan sel tumbuhan.</text><text start="268.33" dur="3.26">Semasa proses respirasi selular</text><text start="271.59" dur="3.03">mitokondria menghasilkan molekul-molekul ATP</text><text start="274.62" dur="3.32">yang memberikan tenaga kepada semua aktiviti-aktiviti sel.</text><text start="279.96" dur="1.94">Sel yang memerlukan banyak tenaga</text><text start="281.9" dur="1.84">mempunyai lebih banyak mitokondria.</text><text start="286.229" dur="3.371">Sementara itu sel mengekalkan bentuknya</text><text start="289.6" dur="1.8">dengan adanya tetulang sito.</text><text start="292.4" dur="3.3">Tetulang sito mengandungi filament-filament mikro berbentuk benang</text><text start="295.7" dur="1.76">yang diperbuat daripada protein</text><text start="298.42" dur="4.02">dan tiub-tiub mikro yang berliang halus.</text><text start="305.18" dur="1.24">Sebahagian organisma</text><text start="306.43" dur="4.03">seperti tumbuhan yang fotoautotrofik</text><text start="310.46" dur="2.48">yang bermaksud ianya memerangkap cahaya matahari untuk tenaga</text><text start="316.26" dur="3.08">mempunyai cell dengan satu organel yang dipanggil sebagai kloroplas.</text><text start="320.08" dur="3.48">Kloroplas ialah tempat di mana fotosintesis berlaku</text><text start="323.57" dur="3.24">Ianya berwarna hijau kerana ia mempunyai pigmen berwarna hijau yang dipanggil</text><text start="326.81" dur="1.45">klorofil.</text><text start="330.8" dur="4.03">Sel-sel tumbuhan juga mempunyai dinding sel di luar membran sel</text><text start="334.83" dur="3.21">yang membentuk, menyokong dan melindungi sel tumbuhan.</text><text start="339.26" dur="2.76">Sel haiwan langsung tidak memiliki dinding sel</text><text start="343.8" dur="4">Terdapat banyak struktur unik yang hanya ada pada beberapa sel.</text><text start="348.53" dur="1.47">Di sini ada beberapa contoh.</text><text start="350.1" dur="5.9">Pada manusia, contohnya, saluran pernafasan diliputi dengan sel yang mempunyai silia.</text><text start="356.46" dur="2.98">Ianya berbentuk seperti rerambut yang mikroskopik</text><text start="359.44" dur="2.06">yang boleh bergerak seperti gelombang.</text><text start="361.88" dur="6.26">Ciri ini membantu memerangkap partikel-partikel dalam udara yang dihirup dan menyingkirkan mereka ketika batuk.</text><text start="372.009" dur="3.691">Selain itu, ciri unik yang terdapat dalam beberapa sel ialah flagella.</text><text start="375.8" dur="2.249">Sesetengah bakteria mempunyai flagella.</text><text start="378.049" dur="5.73">Flagellum merupakan struktur seakan-akan ekor yang kecil yang membantu sel untuk bergerak atau memacu dirinya sendiri.</text><text start="384.56" dur="3.26">Satu-satunya sel manusia yang mempunyai flagellum</text><text start="387.82" dur="1.78">ialah sel sperma.</text><text start="391.549" dur="1.92">Kesimpulannya, ingatlah:</text><text start="394.34" dur="6.139">Sel eukaryot adalah sel-sel tumbuhan dan haiwan yang mempunyai nukleus dan organel yang dilitupi membran.</text><text start="402.54" dur="5.28">Manakala sel prokaryot adalah organisma unisel yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut.</text><text start="409.7" dur="5.16">Semua sel mempunyai membran sel, sitoplasma dan bahan genetik.</text><text start="416.799" dur="3.04">Dan walaupun hanya sel tumbuhan yang mempunyai kloroplas</text><text start="419.839" dur="3.32">kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan mempunyai mitokondria.</text></transcript>