Successfully removed.
Sorry, an error occurred.
|
webmasterklpos uploaded a new video
(3 months ago)
"Saya tahu cara permainan Van der Sar, dia akan berada jauh pada gawang gol dalam satu-satu perlawanan," katanya. Jelasnya, ketika meneri...
more
"Saya tahu cara permainan Van der Sar, dia akan berada jauh pada gawang gol dalam satu-satu perlawanan," katanya. Jelasnya, ketika menerima bola sepakan gol dari penjaga gol, Farizal Marlias, dia hanya menunggu bola tersebut melantun sekali dan melihat Van der Sar sudah berada di luar posisi. "Selepas melihat dia berada di luar posisi saya tidak teragak-agak untuk melepaskan rembatan lambung dan ternyata ia membuahkan hasil. "Saya begitu gembira dengan jaringan tersebut dan teruja dapat menewaskan penjaga gol yang sudah terkenal dengan kehebatannya itu," kata Amri.
less
|
|
| |
|
webmasterklpos uploaded a new video
(4 months ago)

Pada 15 Disember 1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan. Namun beliau telah dikebumikan semula pada 2 Ma...
more
Pada 15 Disember 1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan. Namun beliau telah dikebumikan semula pada 2 Mac 1996 di Sibu. Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung.
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat atau `Fardu kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
less
|
|
| |
|
webmasterklpos uploaded a new video
(8 months ago)
Beratus-ratus penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam ...
more
Beratus-ratus penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), merempuh polis tetapi berjaya disuraikan daripada memasuki kawasan Istana Negara. Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).
less
|
|
| |
|
webmasterklpos uploaded a new video
(8 months ago)
Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara. Perhimpunan ...
more
Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP). Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana. Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana. Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
less
|
|
| |
|
webmasterklpos uploaded a new video
(9 months ago)
Lebih 200 penduduk setempat dan pemimpin pembangkang berdemonstrasi bantah kerajaan yang hanya memansuhkan bayaran tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) ...
more
Lebih 200 penduduk setempat dan pemimpin pembangkang berdemonstrasi bantah kerajaan yang hanya memansuhkan bayaran tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuala Lumpur sahaja sedangkan lebih 30 ribu pengguna harian melalui jalan tersebut menghala ke Bandar Sunway masih dikenakan bayaran RM1.60 sehala. Antara yang hadir adalah MP Kelana Jaya. Menurut penduduk setempat asalnya jalan itu adalah Jalan Kelang Lama yang mereka lalui sejak puluhan tahun tanpa tol.
less
|
|