Seminar Maqasid Syari'ah ini telah dianjurkan oleh PAS Pusat dengan Kerjasama Dewan Ulama PAS Pusat pada 7 Mei 2011 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama' dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.
Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran
Semoga mendapat manfaat.
Link to this comment:
All Comments (0)