Balu Muda Pengebom Moscow

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,403
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 3, 2010

Pasukan penyiasat Rusia mengenal pasti identiti seorang daripada dua pengebom berani mati wanita yang melakukan serangan ke atas stesen kereta api bawah tanah di Moscow, sebagai remaja berusia 17 tahun yang juga balu kepada seorang pejuang Caucasus.

Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.

Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.

Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang PEJUANG Dagestan yang mati dalam satu operasi khas tahun lalu.

Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.

Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.

Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.

Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.

Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.

Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang pejuang Caucasus. AFP

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more