Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Salafi bukan wahhabi : Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al-Ghari (1/7)

Loading...

Sign in or sign up now!
19,249
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Aug 19, 2008

Wahhabi atau Salafi, dua kalimah ini sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunai dan selatan Thailand. Tetapi dua kalimah ini belum diketahui dan difahami dengan betul oleh kebanyakan mereka walaupun sudah menjadi polemik yang berlarutan.

Tulisan ini bukan bertujuan membincang atau mendefinisikan dua kalimah tersebut, tetapi akan mendedahkan salah sangka, salah faham dan salah tanggapan kebanyakan masyarakat Islam yang mengaku sebagai golongan yang bermazhab Asy'ari akidahnya, Syafie fiqhnya dan al-Ghazali akhlaknya.

Tulisan ini akan membuktikan melalui fakta ilmiyah bahawa akidah yang dituduh sebagai akidah Wahhabi adalah merupakan akidah sahihah (akidah yang benar) mengikut manhaj Salaf as-Soleh yang menjadi pegangan Imam Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi dan para ulama muktabar yang bermazhab as-Syafie. Malah tulisan ini akan membuktikan bahawa apa yang dituduh sebagai pegangan Wahhabi maka yang sebenarnya itulah juga pegangan Imam Abu Hasan al-Asy'ari sama ada di bidang akidah, ibadah, fiqh atau akhlak.

Moga-moga dengan terbitnya tulisan-tulisan seperti ini, insya Allah para syaitan jenis jin dan manusia tidak akan mampu menggunakan makar, talbis dan penipuan mereka yang menyeru umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam pada akhir zaman menuju jalan kesesatan melalui alasan bid'ah hasanah.

Seruan mereka telah menyesatkan ramai manusia yang tertipu dengan amalan-amalan para penyesat yang terperangkap dalam kebatilan bid'ah yang dianggap sebagai sunnah atau disangka bid'ah hasanah. Akibatnya ramai umat yang telah ditipu oleh mereka yang suka memutar-belitkan fakta agama, menafsirkan agama ala aklani, sufi batini dan gaya Muktazilah yang diilhamkan oleh syaitan. Semuanya itu berlaku kerana menuruti keinginan dan tuntutan hawa nafsu dan demi memperolehi kepentingan dunia yang sedikit.

Mudah-mudahan tulisan ini juga dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam menyelamatkan akidah masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran dan menggeruni kebatilan. Amin!

yangbenarsyafie.blogspot.com

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 3 dislikes

Link to this comment:

Share to:

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more