Uploaded by BHonline1 on Jan 4, 2010
KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, kepada 3 Mei depan bagi menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menangguhkannya berikutan permohonan semakan semula oleh pendakwaan berhubung keputusan beliau yang menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
"Selepas mendengar keterangan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mengenai isu pemindahan ke Mahkamah Tinggi yang kini sedang disemak, mahkamah membenarkan penangguhan ini.
"Penangguhan ini dibuat supaya dapat diselesaikan dengan segera dan baik demi kebaikan umat Islam secara keseluruhannya," katanya.
Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Ketua Pendakwa, Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan semakan kehakiman pada 10 Disember lalu berhubung keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah itu.
"Pihak kami memohon kepada mahkamah supaya dapat menangguhkan perbicaraan ini sementara menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam, manakala esok notis bantahan awal yang dikemukakan oleh pembelaan juga akan didengar," kata Abdul Syukor.
Asri yang diwakili peguam bela, Kamar Aniah Kamaruszaman, tidak membantah perkara itu.
Pada 18 November lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin, menolak bantahan secara lisan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan berpendapat bahawa Mahkamah Rendah Syariah mempunyai kuasa yang diperuntukkan untuk memutuskan apa jua keputusan.
Asri, 38, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman beralamat No 2 Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 malam dan 9.45 malam, pada 1 November lalu.
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau dibebaskan dengan bon jaminan RM3,000 dengan dua penjamin. - www.bharian.com.my
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
0 likes, 0 dislikes
3:19
Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama Pondok & Ulama Silamby zainpakwahhab122,636 views
9:19
Perbicaraan Dr Asri kekal Mahkamah Syariah Gombak Timurby BHonline15,591 views
3:03
Perbicaraan Dr Asri ditangguh 3 Meiby hmetromy961 views
4:32
Kalimah Allah,Asri gesa semua pihak tidak emosiby hmetromy23,613 views
5:18
Temubual eksklusif mStar Online berhubung isu penahanan Dr Asri 4by mstartv4,017 views
2:18
Saya bukan ajak, saya suruh Dr Asri masuk PASby buletinonline7,638 views
8:17
[HANGAT] Hujah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat - Penangkapan Mohd Asri Zainul Abidin oleh JAISby BeritaSemasa00115,936 views
10:01
SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSMby paradisewoodDRMAZA41,315 views
9:34
Sumpah : Anwar vs Dr Asriby anwaribrahimdotcom94,221 views
9:57
Pt 3 | Ex-mufti: 'Tauliah' is against Islamby malaysiakini7,216 views
9:02
Penangkapan Dr Asri oleh JAIS dan Fitnah PGSM (Part 1)by anasmelaka17,284 views
10:01
Mohd Asri Zainul Abidin - Debat Dengan Astora 01by mymaktabaty23,531 views
2:35
Dr Asri: Keputusan pindah mahkamah 25 Januariby BHonline1158 views
2:24
Saiful Mula Berbohong Di Mahkamahby paskemaman75,355 views
1:26
Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsuby cynicalphd25,659 views
10:33
Dr Asri Jawab Ustaz Uthman Muhammadyby TVSUNNAH109,472 views
5:26
Kes Bohong Liwat Saiful: Hari Kedua Perbicaraanby paskemaman6,520 views
1:42
BN tangguh sidang dua kali, tunggu mahkamah umum keputusanby tvpas0910,841 views
5:59
PIDATO PERDANA S2 : Kata Kata Aluan Tun Dr Mahathirby paradisewoodDRMAZA15,792 views
2:52
Anne - Wafi sah cerai talak tigaby hmetromy33,271 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)