Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

PLKN: Tiada Lagi Hukuman Penjara

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
3,283
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jun 18, 2009

PULAU PINANG, 17 Jun -- Kira-kira 6,804 pelatih yang gagal melapor diri untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak 2003 bakal terlepas daripada hukuman penjara dan denda.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata ini berikutan cadangan untuk sebaliknya mengenakan hukuman menjalani khidmat masyarakat telah diluluskan.

Persidangan Dewan Rakyat semalam telah meluluskan Rang Undang-Undang PLKN (Pindaan) 2008.

"Pelatih yang gagal melaporkan diri akan terlepas hukuman penjara dan denda, tetapi mereka bakal dikenakan hukuman khidmat masyarakat tidak lebih daripada 240 jam.

"Hukuman ini akan berkuat kuasa selepas rang undang-undangnya diluluskan pula oleh Dewan Negara," kata Abdul Hadi kepada pemberita pada majlis pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, seseorang pelatih yang gagal menghadiri program PLKN boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Abdul Hadi berkata pihaknya tetap memandang serius walaupun jumlah pelatih yang gagal melaporkan diri adalah kecil berbanding mereka yang telah menjalani PLKN iaitu lebih 417,000 orang.

"Walaupun jumlah ini kecil, kita tetap pandang serius mengenai perkara ini dan jika mereka mempunyai masalah untuk mengikuti PLKN, mereka boleh memohon pengecualian seperti yang dilakukan 62,225 pelatih sejak 2003," katanya.

Seramai 62,022 pelatih bagi Kumpulan 3 Siri 6/2009 mendaftar diri untuk menyertai latihan selama tiga bulan di 83 kem di seluruh negara mulai semalam dan hari ini.

Pergerakan pelatih di seluruh negara meliputi menerusi pengangkutan darat, udara (kapal terbang) dan air (feri) iaitu sebanyak 566 bas digunakan membabitkan 31,430 pelatih selain 28 penerbangan bagi membawa 2,606 pelatih ke kem di Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • kenapa mesti nak jadi pelatih kidmat negara? apa manfaat korang dapat bila kau orang join PLKN?

  • Kalau semoa orang kena

    fuck ns, I sikit bahagia. Skt saja.

  • serius ? haha.. khdmt masyarakat pn khdmat msyarakat laahhh..

  • Dia sebat orang (whips - Passion of the Christ; American Gladiators; Rotan Bamboo; Rothmans whips; Tien Teck; Teck Choo) sampai roh terkeluar (got soul & spirit one or not) ditangkap telefon bimbit polis!

  • mana bole...

    aku dlu kna pergi penuh... lebih dari 240jam...

    setiap ari tido 3-4jam je...

    wei x adil argggggggg!!!!!!!!!!!!

    kerajaan come on la...

    khidmat masyarakat x spnat mna dri khidmat komuniti...

    adehhhhhhhhhhhhh

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more