Perlakuan biadap oleh PELAJAR pro-mahasiswa terhadap TNC UPM yang merupakan seorang yang sudah berumur, atau dikatakan tua, paling tepat boleh diumpakan seorang berperingkat ayah kepada remaja-remaja.
Justeru kita lihat perlakuan biadap/tidak sopan ini dan pelajarilah apa kesalahan daripadanya.
Sebagai umat ISLAM terutamanya dan tambahan lagi mewakili sebuah parti yang berimejkan ISLAM, maka cerminkanlah PERANGAI sebagai seorang umat Islam. Seandainya MENGHORMATI ORG TUA itu adalah salah satu aspek dalam Islam. Maka jangan Kita TETAH atau HEBAT bercakap tentang agama, TETAPI PERANGAI kita tidak mencerminkan kata-kata/ laungan Islam.
Perkara sebegini menimbulkan keraguan dalam diri remaja2 terutama. Atau kata lain "budak-budak berdarah muda menjadi CONFUSE tentang : dimanakah terletaknya personaliti Islam setelah melaung-laung hebat dan gerun tentang Islam. Janganlah kita malukan diri dan paling penting agama.
Lihat dan nilailah sendiri perbuatan itu. Adakah ini yang diajar Islam? Pro-Mahasiswa, janganlah begitu rebellious, sehingga terlupa atau terlepas pandang tentang aspek2 penting seperti MENGHROMATI ORG TUA. Jangan kita jadi fanatik, tapi kita jadilah rasional. Salam.
-Jalan Cerita-
Kejadian pembatalan calon yang seramai 11 orang adalah isunya apabila 11 orang ini didapati daripada kumpulan atau parti Pro-Mahasiswa UPM. Justeru, dengan keputusan begitu, satu demonstrasi telah diadakan untuk menarik perhatian yang berkenaan dengan harapan suara mereka didengar.
Sewaktu kejadian demonstrasi yang telah memasuki dalam surat khabar yang boleh dikenali sebagai "UPM tidak matang".
4 wakil dari parti tersebut mendapat peluang berjumpa dengan TNC UPM : Dr Fauzi.
Sewaktu perbincangan Dr Fauzi cuba menjelaskan procedure yang harus diikutinya kerana kesalahan akta yang telah dilakukan oleh kumpulan tersebut. Maka satu konversasi yang seperti di dalam video berlaku.
Sebuah fail yang dipercayai merupakan bahan bukti kepada persoalan mereka telah diserahkan oleh TNC UPM, Dr Fauzi kepada 4wakil tersebut.
Fail itu kemudian diambil/dirampas/dicuri (pilihlah mana-mana kata yang sesuai dengan penilaian anda) secara kasar dan terus bergegas keluar dengan cara yang kurang sopan/biadap. Maka kejadian itu mengundang tnc menyuruh pengawal keselamatan mengambil balik. Dan di situlah waktu dia meminta tolong seolah-olah dianiaya. Dan akhirilah video tersebut.
Lihat dan nilailah sendiri.
Fikirlah, apa yang kau/aku/kita dapat setelah berkelakuan agresif dan kurang ajar begini? adakah ia semua berbaloi? Mendapat kehendak pada masa yang sama menggadaikan Imej seorang ISLAM. Fikirlah dan perbuatkanlah analisis.
8ring1ton 1 year ago