Aku di jangkiti penyakit yang merbahaya.
Penyakit mengumpat.Kadangkala penyakit memfitnah.
Aku tahu ia dosa besar.Sudah ALLAh firmankan dalamAl Qur'an.Sudah baginda Rasulullah SAW sabdakan dalam hadith hadith.
Namun..entah lah. Mengumpat satu kelakuan yang di lazatkan oleh bisikan syaitan laknatullah.
Sahabat ku...jangan kau di tiup penyakit ini.Kau elakkan lah sedaya mungkin.Undur diri mu jika tercium wangian umpat dan haruman fitnah.
Jangan kau pandang mudah penyakit ini.
bagaimana jika orang yang kita umpat tidak maafkan kita dan menuntut keadilan dari ALLAH di Mahsyar nanti?
Bagaimana jika orang yang kita umpat atau fitnah sudah tiada lagi utk kita memohon maaf?
Ya Rabb...aku amat perlu bantuan MU untuk sembuh dari penyakit kronik ini. Curahkan hidayahMU pada kuYa Rabb.Maniskanlah bibir ku dengan istighfar dan zikrullah.
Aku tidak mahu makan bangkai.Aku tidak mahu minum nanah yang hanyir.Aku tidak mahu menelan zaqun.Tidak mahu leburan keluli melaui tekak ku.
jazakallah
roslwbk 9 months ago
besarnya dosa mengumpat.....jadi jagalah lidah.
amirulyun89 11 months ago