Uploaded by matlanros on May 12, 2011
Surah Luqman - 12 ~ 19
[12]
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[13]
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau -- dengan fikiran sihatmu -- tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
[17]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
[18]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[19]
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
-
7 likes, 0 dislikes
-
As Seen On:
THIS IS CIKTEDDYCORNER
2:35
Surah Al Hasyr 21 ~ 24 (Ayat Hafazan)by matlanros2,023 views
2:01
Surah An Nur ~ 35 (Ayat Hafazan)by matlanros1,279 views
7:57
s31 Surah Luqman with textby amankurdi6,249 views
1:14
Surah Ali Imran - 26 (Ayat Hafazan)by matlanros633 views
11:04
Affirmasi ibu hamil.mp4by bidankita5,220 views
2:10
Surah Al Jumaah - 9 ~ 11 (Ayat Hafazan)by matlanros650 views
9:29
S12 Surah Yusuf with text v01-32by amankurdi24,101 views
5:38
Renungan Ibuby helios29eclipse12,139 views
11:56
Beautiful Recitation Surah Luqman with Transliteration and Translation recited by Mishary Al-Afasyby GodsSlave1915,232 views
19:44
Mishary al-afasy Surah Luqman ( full ) with audio english translationby QURAAANTUBE2,278 views
21 videos

DVD 1 - Beberapa Contoh Syirik - SIHIR
9:52
Al-Mu'minun (The Believers) | Mishary Rashid Alafasy | 1~44by imas4j27,519 views
0:49
AYAT HAFAZAN TING. 5 ATTAUBAH 128 129by bujangsenang074,931 views
1:29
Membuat Air selusuhby syujak7,149 views
1:14
Ayat Hafazan SMK |Surah at taubah 128 129by TheKomunis8,841 views
9:40
perkembangan janin dalam rahim -ibu-.3gpby jumadi2511,016 views
4:55
Surah Al-Luqman 12-19by neohimi729 views
3:19
Ukhuwah Imaniyah dan Islamiyahby nurihsan991,113 views
3:11
Amalan Ibu Mengandung [Part 1]by sabrina5534937 views
1:28
Quran Recitation Surah Al-Mukminun 1-11by sregnurg1,901 views
3:40
BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWTby edobandung751,185 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)