Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yabg Paling Tinggi
2. Yang menciptakan, dan menyempurnakan penciptaanNya
3. Dan yang menentukan kadar masing2 dan memberi petunjuk
4. Dan yang menumbuhkan rumput-rumputan
5. Lalu dijadikanNya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman
6. Kami akan membacakan Al-Quran kepadamu Muhammad maka kamu tidak lupa
7. Kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang sembunyi
8. Dan Kami akan memberi kamu taufik kepada jalan yang mudah
9. Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat
10. Orang2 yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran
11. Orang2 yang engkar akan menjauhinya
12. Iaitu orang yang memasuki api yang besar
13. Kemudian dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup
14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri dengan beriman
15. Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia sembahyang
16. Tetapi kamu orang2 kafir memilih kehidupan duniawi
17. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal
18. Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab-2 yang dahulu
19. Iaitu kitab2 Ibrahim dan Musa
Bang, pelan-pelan sikit. Dapat menghayati pemandangan yang indah. Alhamdulilah dapat baca semasa bertugas. Salam dari Singapura :)
sarcomagiBABY 2 years ago