Suruhanjaya Siasatan Diraja bukti ketelusan kerajaan: Tsu Koon

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
230 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jan 26, 2011

2011/01/26
LABIS: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan skop termasuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, menunjukkan ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam mencari punca kematiannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau yang menganggap keputusan memperluaskan skop itu sebagai tepat kerana sekiranya sesebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi mengkaji atau meneliti sesuatu prosedur, ia akan meneliti sama ada ia ada kaitan dengan sebab-sebab kematian bagi mendapatkan gambaran yang jelas.

"Sekiranya tidak, nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak dapat dibersihkan. Sekiranya terdapat apa-apa yang disyaki, tindakan boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan Rukun Tertangga anjuran Jabatan Perpaduan Negara di Kampung Paya Merah di sini hari ini.

Sehubungan itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata, dengan kebijaksaan dan keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, orang ramai akan mendapat tahu kebenaran dan memulihkan keyakinan pada SPRM.

"Perkara ini telah dibincang secara teliti dalam Kabinet. Selepas rundingan, beliau (PM) memaklumkan kepada Kabinet (keputusan menyiasat punca kematian itu) selepas kita bincangkannya beberapa kali," katanya.

Koh mengulas pengumuman Perdana Menteri hari ini mengenai penubuhan suruhanjaya itu yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bagi menyiasat kematian Teoh yang ditemui mati selepas beliau disoal siasat oleh SPRM dua tahun lalu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan selepas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik dan dibantu empat pegawai undang-undang.

Mereka termasuk bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan, pakar forensik iaitu Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

www.bharian.com.my

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more