Uploaded by MHZUnity on Feb 23, 2009
Pidato Melayu Nusantara. Pidato Melayu Nusantara adalah pidato akar Melayu yang bersatu, khazanah warisan bangsa yang telah lama tengelam dan perlu ditimbulkan kembali dan dipertabatkan kepada kedudukan yang tertinggi.
Di dalam Pidato ini pemidato menyeru agar Melayu itu bersatu padu jangan berpecah belah. Ini adalah kerana sebagai Melayu itu yang telah ditahtakan dengan Ugama Islam perlulah hidup SEia, SEkata, SEhati, SEjiwa, SErupa, SErumpun, SEbangsa dan SEUgama dan SEISLAM namanya.
Ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing, daging gajah sama kita lapah, hati kuman sama kita cicah,mendongak sama-sama kita telan air, terciarap sama-sama kita makan pasir. Ibarat mata hitam dan mata putih, sakit mata hitam sakit jualah mata putih.
Sesungguhnya SE dan SATU itu berbeza, Kita adalah SEbangsa bukan SATU bangsa. SATU itu boleh berbilang-bilang dan boleh dibahagi-bahagikan akan tetapi SE tetap tunggal sampai bila-bila.Maka SE kan lah hidup kita agar kita tidak berpecah-belah lagi. Sekurang-kurang kita mampu SEkan pemikiran, hati dan perbuatan kita dengan penuh ketulusan, kejujuran dan keikhlasan untuk menjadi umat yang terbaik dan cemerlang dan mempunyai jati diri untuk bangkit berjuang membina empayar kegemilangan bangsa Melayu yang unggul dan terbilang.
Persoalan utama disini adakah Islam itu sifatnya berbilang? Hari ini kita melihat Agama Islam berbilang-bilang, Islam untuk pihak A dan Islam untuk pihak B dan barangkali Islam untuk C, D, E dan seterusnya. Masing-masing mendakwa bahawa merekalah yang membawa Islam yang sebenar dan tulen. Bukankah Islam yang dibawa oleh Junjungan besar kita Rasulullah S.A.W pada asalnya adalah SE? Dimanakah Islam yang SE itu?
Itulah semangat yang perlu disemai dan ditanam pada setiap diri individu yang bernama Melayu.
Seperti kata pantun Melayu.
Pokok kelapa di potong-potong,
sudah dipotong tidak disukat,
bulat air kerana pembentung,
bulat kata kerana muafakat.
Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati sesungguhnya keberanian itu adalah bala tentera jiwa yang mengawal diri daripada dihina, dicerca, diperkatakan ataupun diperhambakan.
Adakah kita mahu menjadi hamba dibumi sendiri, antara ketakutan dan keberanian antara persoalan dan keinsafan tiap cabaran harus diterjah kilas dugaan langkah dipatah.
Hai! Kursani anak adam!! Bangkitlah dikau! Bangunlah dikau! Seumpama besi di dalam besi besi duduk di dalam kursani!
Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja,
jangan jadi kerdil tapi mesti jadi bisa,
jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya,
jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya,
jangan jadi pertualang tapi mesti jadi setia!
Setia pada rukun negara setia pada perjuangan untuk ugama, bangsa dan tanah air cinta dan jangan jadi orang-orang yang berpaling tadah. sesungguhnya Rasululah pernah menyatakan bahawa beliau sangat benci kepada orang-orang yang berpaling tadah.
Bersatupadulah!!! Ambil yang jernih dan buanglah yang keruh.
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
1 likes, 0 dislikes
2:30
Pidato Melayu Nusantara Sajak usahawan oleh saudara Rozaidi Idrisby MHZUnity1,193 views
2:19
Pidato Melayu Nusantara Sajak Sahabat oleh adik Rizq Qursiah Kairianiby MHZUnity2,819 views
8:34
(Kemboja) Pertandingan Pidato Antarabangsa BM Piala TPM TV1by alzubir18,374 views
9:15
Australia-Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala TPMby alzubir54,013 views
5:47
Muzakarah UMNO & PAS - Muslim & Melayu bersatuby perakbangkit1,549 views
4:20
Pidato Melayu Nusantara2-Mempertabatkan Pidato Sebagai Ilmu Kebangkitan Bangsa Melayuby MHZUnity2,451 views
7:51
(Shafira) Pertandingan Pidato Antarabangsa BM Piala TPM TV1by alzubir27,022 views
2:47
Soekarno Pidato di Depan Rakyat Jakartaby pancasilat268,311 views
1:30
SILAT SENI GAYONG MALAYSIAby sawa737,301 views
1:16
Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia ?by pramleeelvis10,221 views
10:55
Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2009by AmirrudinAbdRahman3,042 views
2:25
Sharifah Aini : Pantun Kasih (HQ Audio)by xBadoMx4,792 views
2:46
Pidato antarabangsa from chinaby apeh865,466 views
0:53
test core knowledge iron / uji coba ilmu inti besiby energibatusyukur1,466 views
3:52
pidato piala diraja peringkat kebangsaanby fitrianoviani26,949 views
9:30
Jire Kursani::17th November: Part 2by arjungautam127,324 views
9:11
Pidato Kemerdekaan 2007 Anjuran & Tajaan MHZ Madrasah Haji Zabirby MHZUnity1,218 views
8:57
annisa'- akidah pembentuk jati diri cemerlang (negeri).flvby AnnisaSKTPW1,026 views
4:01
hijjaz - rasululahby syariscrewz124,100 views
6:10
din bramboi berbalas pantun 2by Supamillionair76,982 views
- Loading more suggestions...
Steadylah bro!!!
hyde1616 2 years ago