Uploaded by paskemaman on Nov 4, 2009
KUALA LUMPUR, 4 Nov - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan terhadap semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar yang didapati bersalah di dalam skandal Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk tindakan ke atas bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang yang mungkin disabitkan melakukan pecah amanah, memandangkan sudah ada pelbagai pasukan bertindak yang dibentuk bagi menangani skandal projek berkenaan.
Malah, katanya, kerajaan pada 27 Jun 2007 sudah membuat keputusan supaya semua pegawai yang terlibat di dalam perbuatan yang melanggar prosedur sehingga menjuruskan kerajaan di dalam skandal berkenaan dikenakan tindakan tegas.
"Kerajaan sudah tahu mengenai masalah ini sejak 2007 dan dalam kelulusan kerajaan pada 27 Jun 2007 telah putuskan pegawai yang terlibat dalam perbuatan melanggar prosedur yang serius sehingga meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah wajar dikenakan tindakan.
"Keputusan telah dibuat oleh kerajaan jadi apa yang PAC mahu ialah supaya pihak berkuasa teruskan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Awal pagi ini, PAC mengedarkan laporan jawatankuasa itu mengenai skandal projek mega yang menimbulkan kontroversi apabila mencatatkan kenaikan kos projek yang tinggi iaitu daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion setakat ini.
Di dalam laporan tersebut, PAC antara lain mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penglibatan Chan dan Phang kerana pecah amanah berhubung tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.
Azmi berkata PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan bentuk tindakan ke atas mereka yang bersalah, sebaliknya hanya mempunyai kuasa untuk mengkaji dan memberi cadangan di atas permasalahan membabitkan kewangan kerajaan.
"Dalam banyak hal PAC tidak ada kuasa...kita hanya sekadar badan yang bertindak untuk mengimbangi antara badan eksekutif dengan perundangan...jadi kita hanya boleh mengkaji dan memberi cadangan," katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan cadangan yang dikemukakan itu, PAC mahu tindakan segera diambil ke atas semua pihak, termasuk mana-mana personaliti yang didapati bersalah di dalam skandal berkenaan, katanya.
Beliau berkata, PAC yakin Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Mengenai kesalahan pecah amanah oleh Chan dan Phang, Azmi berkata, bagi PAC terpulang kepada SPRM dan polis untuk menentukan tahap kesalahan itu berdasarkan siasatan terperinci.
"Kami tidak tahu mengenai rasuah kerana ia perlu dibuktikan. tetapi terdapat banyak salah laku di sini, jadi yang mana kategori jenayah itu terpakai kami tidak tahu.. semuanya terpulang kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menentukannya," katanya.
-- BERNAMA
-
0 likes, 0 dislikes
3:44
anti rasuah MAGMEby 7aman71,226 views
1:15
PKFZ: MP BN Bintulu beri rasuah MP BN Pandanby jiwokelate20091,070 views
2:49
RM4.6 billion PKFZ scandal - Chan Kong Choy still Minister-oby lauwengsan9,322 views
0:30
Port Klang from aboveby habbobaby11,026 views
7:06
PKFZ scandal: Ling, Chan 'abused' powersby malaysiakini24,992 views
3:06
OC Phang among trio charged for CBTby malaysianmirror178 views
0:54
Kontraktor Dituduh Beri Rasuah Pemilihan Umnoby paskemaman831 views
1:56
Anwar Ibrahim: Port Klang Free Zone Scandalby mediarakyat12,904 views
1:20
UMNO/BN Tiada Calon Bersih Dari Rasuahby paskemaman10,231 views
4:48
PKFZ Interview with Hannah Yeohby Klik4Malaysia1,276 views
0:42
Chan Kong Choy: Do not politicise mother languageby thestaronline595 views
2:16
Polis Hanya Tau Samanby webvideosharing4,759 views
1:08
Siasatan Projek Landasan Berkembar Elektrik Selepas PKFZby paskemaman157 views
9:50
Sidang Media oleh PERWARIS & PPIM Tentang Isu "SKANDAL PKFZ (PELABUHAN KLANG FREE ZONE)by crowship88 views
9:28
KENYATAAN MEDIA PROJEK ZON BEBAS PELABUHAN KLANGby keadilantv1,393 views
8:31
Isu PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup (2/2) - Malaysia Newsby YangAkuSegala208 views
6:42
Tun Dr. Mahathir - Bahaya Rasuahby Mfundamentalist20,801 views
4:51
Ghost Snatcher Part 4by THERHKP6,285 views
1:02
KDSB Saman Ong Tee Keat, Lee Hwa Bengby paskemaman286 views
0:52
Penyebar Kertas Kabinet PKFZ Akan Disoal Siasat - Malaysia Newsby YangAkuSegala952 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)