Safee Sali digelar David Beckham Malaysia di Cardiff City
Malaysian David Beckham's City Trial
Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.
"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.
Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.
@KeKambeng123 haha aku setuju tu nampak beno tak reti bahase same gak le macam si Nazmi Faiz tu ade yg dah panggil Kaka Malaysia ade yg panggil Fabregas Malaysia..macam2
kejoryob 2 months ago
x sabar rasa nk tengok safee beraksi dengan Cardiff City
pelicaravansary 5 months ago
angpa ni,bukan depa ckp safee main mcm beckham...adoi
depa bandingkan status dia kt malaysia ni da mcm beckham kt england,popular
KeKambeng123 5 months ago
citer terbaru ni agak risau la,mgkin safee x dpat men utk cardiff city atas fakto2 permit kerja,dan sbb malaysia x termsuk dlm ranking ke 70 dunia...ada jln penyelesaian ker?sape nk bantu?sbgai rakyat malaysia,mmg nk sgt tgk safee men kt sna....
junkgoatextreme 5 months ago
safiq rahim tu boleh diasah lagi jadi mcm david beckham tu..
henshinmind 5 months ago
aku bangkang jgk..beckham tu harap hensem je..style xla sepower safee..
MrAbgdaha 5 months ago
tak setuju r dia digelar david beckham malaysia... safee tetap safee.. skill die sendiri... lagi bek r dari david beckham,, aku bangkang yg ariffin,
TheFrozenBird 5 months ago
semoga safee sali mencipta sejarah pemain malaysia pertama main di england.
selebet77 5 months ago