'Pintu Perpaduan Melayu Masih Terbuka' YB Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO 7-6-2011.mp4

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
251 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jun 7, 2011

Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.

Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.

"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.

Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.

Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.

Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.

"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya.

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (4)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • BERDAMAILAH. pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi,berlarutan daam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan kemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.

    Sepakatlah untuk mengembalikan umat Melayu/Islam menjadi pendokong agenda-agenda Islam

    Melayu Sepakat Islam Berdaulat

  • tahun 1998,seorang mufti dari utara tanah air menasihati mahathir supaya jgn pecat anwar ibrahim ats tuduhan rasuah n liwat,tkut nnt melayu bpecah belah,pengaruh anwar kuat,dek krn kejijikkan umno kpd kesalahan rakan sebangsanya/'adik bradik'(anwar)yg MELAYU itu maka dipecatnya juga si anwar,kini setelah MELAYU tdk lg rmai dbwh payung umno,tiba-tiba..tiba-tiba...ti­ba-tiba umno terfikir utk kembali mengajak MELAYU bersatu..eh,rupanya rmai melayu sokong PAS/PKR dianggap bpecah...oooooo....

  • MELAYU bersatu??bwh payung UMNO lg??dlu asalnye MELAYU ade satu parti je iaitu UMNO..pastu ade segelintir golongn ulama' yg rase kurang senang dgn dasar perjuangan UMNO yg sekular dan perkauman,setelah ditegur UMNO menolak,maka golongan tersebut ambil keputusan klua UMNO n tubuh PAS,pd tahun 1969 atas dasar perpaduan MELAYU PAS kembali ke pangkuan UMNO,kmudian PAS dtendang klua,kini UMNO menghulurkan kembali tgn kpd PAS..soalnye bila UMNO pula nak join PAS??demi ISLAM melayu disatukan...

  • Bersatulah wahai orang2 Melayu. Aku tak sanggup tgk satu hari nanti Malaysia diperintah selain dari Bumiputera. Simpang Malaikat 44.

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more