Asri Rabbani 'pergi tak kembali
Ogos 13, 09
Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program
Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.
Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.
Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal
Nadamurni.
Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.
Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).
( petikan berita - malaysiakini online 13/9/2009 )
----------------------------------------------------------
secebis rakaman video Asri ketika bersama kumpulannya Rabbani dengan lagu Intifada secara live yang dirakamkan di KLCC pada tahun 2007 lalu..
( terjumpa pulak rakaman video footage lama dolu2 yang masih tersimpan..cepat2 aku upload dalam bulan lepas xsangka pulak vocalis nasyid nombor one ini kini dah pergi tak kembali... al fatihah untuk allahyarham Asri...
kamera - icam
editing by icamstudio channel team.
-------------------------------------------------------------------
Link to this comment:
All Comments (0)