Wartawan masyarakat Chan Lilian telah menemani sekumpulan ahli-ahli PAS dan DAP untuk meninjau kawasan parlimen Jelutong. Kekurangan kawasan tanah perkuburan orang Islam telah menjadi suatu masaalah besar bagi penduduk-penduduk umat Islam di kawasan tersebut.
Masaalah kedua ialah isu jalan akses ke dua blok bangunan tinggi di Mutiara Idaman. Apa yang membimbangkan penduduk di sana adalah bahaya kebakaran sebab jalan akses tersebut terlalu sempit untuk dilalui kereta bomba yang seberat 25 tan.
Wartawan masyarakat Lilian juga diberitahu oleh seorang ahli majlis perbandaran bahawa apa yang sepatutnya dijadikan sebagai sebatang jalan keluar untuk penghuni flat Mutiara Idaman sekarangnya dijadikan sebuah Clubhouse dan sub-station TNB untuk satu projek perumahan mewah.
Selain dari itu masalah banjir juga melanda kampung orang-orang Melayu di sana. Apabila hujan turun dengan lebat banjir kerap berlaku, air tahi akan berlimpahan keluar. Ini memang menyeksakan penghuni di sana.
Kebanyakan penduduk di sana merupakan setinggan-setinggan yang dipindahkan ke flat kos rendah semasa pembinaan Jelutong Expressway. Ramai penduduk warga emas memberitahu wartawan masyarakat Lilian bahawa mereka menghadapi kesulitan wang sebab mereka perlu membayar maintenance fee bulanan yang agak mahal. Selain dari itu, masalah pemuda Melayu yang terjeremus dengan masalah ketagihan dadah juga ketara. Satu faktor yang dapat dikenali adalah kekurangan tempat rekreasi untuk pemuda semua.
Link to this comment:
All Comments (0)