Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Ketua Pembangkang bentang Bajet Pakatan Rakyat #2

Loading...

Sign in or sign up now!
6,158
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 27, 2008

oleh Abbas Ibrahim

PARLIMEN, 23 OKTOBER (SK) - KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa masalah inflasi, peningkatan pengangguran dan penurunan pelaburan dari luar negara merupakan antara isu-isu penyebab berlakunya kebrobokan ekonomi negara yang menakutkan dan penafiannya oleh pemimpin negara.

Apa yang lebih membimbangkan adalah keadaan ekonomi negara yang muram dan mereka tidak memberi sebarang keyakinan untuk mengembalikan keyakinan untuk memulihkan kemendapan perdagangan, tegas Anwar dalam satu sidang media di parlimen semalam .

Katanya, adalah satu keperluan pada percambahan fikiran oleh kedua-dua pihak; pencadang dan pembangkang dalam menentukan belanjawan yang lebih telus dan bertangungjawab.

Adapun parti yang memerintah tidak menunjukan tanda-tanda keterbukaan dalam menangani pandangan yang di kemukakan oleh Pakatan Rakyat. Parti yang ada tidak membuktikan bahawa mereka berupaya mengadakan dailog yang sedemikian, jelasnya yang juga merupakan Ketua Umum KeADILan.

Ketidak hadiran serta tidak mahu dengar apa yang di katakan oleh ahli-ahli parlimen dan menteri-menteri kanan BN tampak ketara. Ia mencerminkan keangkuhan dan sikap memandang rendah kepada suara hati rakyat dan warganegara Malaysia di mana kehidupan dan mata pencarian mereka dihimpit keperitan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Pakatan Rakyat percaya pada proses demokrasi dan akan terus berpegang kepada janji kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan tidak akan mengaku kalah dan tunduk kepada amalan-amalan rasuah dan kronisme yang menjadi sebahagian besar penyebab keadaan ekonomi dan kewangan yang tidak stabil.

Sidang media tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 2 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (11)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Safety mode has hidden comments for this video. Show hidden comments
Loading...

0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more