Uploaded by paskemaman on May 10, 2010
HULU TERENGGANU, 10 Mei - Walaupun dia bukan lagi ibu mentua, saya tetap akan menjaganya sehingga akhir hayat, kata Zawiyah Jusoh, 54, yang sanggup berkorban menjaga Mek Yam Ngah, 81, dan tinggal bersamanya di Kampung Bukit Jaber, Ajil dekat sini, biarpun ditinggalkan bekas suaminya ketika mengandungkan anak sulung mereka lebih 30 tahun dulu.
Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun bekas suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dia tidak sampai hati melihat penderitaan bekas ibu mentuanya yang uzur dan tidak dapat bergerak tanpa pertolongan sejak beberapa tahun lalu.
Zawiyah yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Awang Ngah berkata, bekas suaminya yang juga anak tunggal Mek Yam, enggan mengambil ibunya tinggal bersama di Kuala Krai, Kelantan, menyebabkan dia tiada pilihan selain membawa bekas ibu mentuanya itu menetap bersamanya.
Dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, saya tak sanggup melihat bekas ibu mentua menderita keseorangan dan kami sekeluarga ikhlas membantu menjaganya walaupun dia kerap meminta kami menghantarnya ke rumah orang tua kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya tak sampai hati untuk memenuhi permintaannya itu kerana sememangnya saya sudah lama menganggap Mek Yam sebagai ibu sendiri selepas kehilangan ibu kandung hampir 18 tahun lalu, kata Zawiyah yang turut menjaga bapanya, Jusoh Chik, 96.
Menurutnya, beban yang ditanggung turut berganda apabila bapanya kini lumpuh akibat sakit tua.
Zawiyah kini sudah tidak boleh lagi mengambil upah membuat kerja sampingan di kampung kerana terpaksa menjaga bapa dan bekas ibu mentuanya yang memerlukan perhatian hampir sepenuh masa.
Kedua-dua mereka hanya terbaring di tempat tidur kerana tak boleh bergerak dan terpaksa disuap makan serta diuruskan kebersihan diri mereka.
Suami dan anak turut membantu, namun saya terpaksa berada di rumah hampir sepanjang masa dan tak dapat lagi membantu suami yang cuma bekerja sebagai buruh kampung untuk mendapatkan pendapatan tambahan keluarga, katanya.
Dengan pendapatan antara RM400 hingga RM500 sebulan, keluarga mereka sering dilanda masalah kewangan terutama apabila Mek Yam dan Jusoh memerlukan rawatan perubatan secara berterusan.
Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.
Kami bersyukur kerana mendapat bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana sekurang-kurangnya bapa dan bekas ibu mentua mendapat rawatan yang agak sempurna walaupun kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan lain.
Saya juga bersyukur kerana suami dan anak tidak banyak merungut dengan kesempitan hidup sekarang yang memaksa kami tidur di bahagian dapur kerana dua bilik di rumah usang kami didiami bapa dan bekas ibu mentua yang uzur, katanya.
Menurutnya, kepayahan hidup keluarga mereka juga dikongsi bersama masyarakat tempatan yang sering menghulurkan bantuan apabila mereka memerlukannya.
Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.
Turut hadir, Pengarah Urusan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd, Misesh Ramesh Chugani, yang memberi bekalan lampin pakai buang untuk kegunaan selama enam bulan kepada Mek Yam dan Jusoh.
http://www.hmetro.com.my
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
0 likes, 0 dislikes
3:03
Score A Video Untuk Renungan Ibu Bapaby CikguLebah4,667 views
1:45
Mayat Ibu dan anak ditemui reput dan berulatby mymigrasi78,860 views
3:43
Kasih Ibuby brohamzh4,326 views
1:13
Akibat Tidak Mensyukuri Nikmat Allah.wmvby rafidah20028,472 views
5:31
Kasih Seorang Ayah kepada Anak.flvby B2111SB18,699 views
2:58
IKLAN RAYA - PENGORBANAN IBU - Mak okby VideoPrihatin41,698 views
1:14
Liga Super 2010 - Pahang vs Kelantanby epiebeck2,832 views
1:02
CUKAI TANAH TANGGUNGJAWAB KITA -FILEM NEGARAby animasikita26,437 views
1:19
KAFA -kelantan vs pahang 8-5-2010by MrGomore1,727 views
2:07
Bayi 6 hari di kubur hidup hidup oleh ayahnyaby AprilaHD39,397 views
4:09
biodisc lumpuhby LanBio39,595 views
1:01
JALAN_PINTAS_TEASER2.mp4by TheFaisalmustaffa613 views
0:28
Kelantan king and me =)by therenaro705 views
2:59
SELUAR URUT UNTUK RAWATAN LUMPUH (TEST 3)by azlan621,022 views
4:14
Sheila On 7 - Hari Bersamanyaby Sheilafans97,521 views
1:25
UMNO Terengganu Derhaka: Kami Nak Deris Natang!!!by prkp03621,377 views
3:57
Wing Chun Chi Sao techniques 2by ysiddiqui22,723 views
3:01
Adab terhadap Ibu Bapaby pjfd510149,165 views
3:06
Kerabat MQTK Bersama Mantan Dato Mufti Kelantan video 6 KE MEKAH NEW.flvby niksyahrilhisyam240 views
2:04
Bingkisan Ramadan IKRAM Muarby bintunaziz250 views
- Loading more suggestions...
Cerita ni 2010... Adalah mck ni masih sihat lagi tahun ini?
ena7981emy 3 months ago
Aku simpati
ena7981emy 3 months ago