Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Skrip 7707 2009 - Trailer

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,882
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 15, 2009

http://tinyurl.com/rahsiainternet - Skrip 7707 2009 - Trailer. By Grand Brilliance & Lineclear.

Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem.

Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik.

Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau.

Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula mula menjejakkan kaki ke menara gading.

Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir.

Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang.

Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan.

Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut.

Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini.

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • nty tlong upload la cter ni yea....

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more