Uploaded by paskemaman on Aug 23, 2009
KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam menyifatkan tindakan Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu berkempen untuk seorang calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 12 Sept ini sebagai tidak profesional dan bersikap kebudak-budakan.
"Sepatutnya dia (Samy Vellu) yang mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden semalam, barulah sesuai dia buat kerja kempen seperti itu," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) cemerlang anjuran Koperasi Nesa di sini, pada Ahad.
Subramaniam mengulas tindakan Samy Vellu menyatakan secara terbuka calon Timbalan Presiden yang direstuinya selepas majlis penamaan calon di ibu pejabat MIC semalam.
Pada majlis itu, tiga orang menyerahkan borang pencalonan sebagai timbalan presiden iaitu penyandang Datuk G. Palanivel, Naib Presiden Datuk S. Sothinathan dan Subramaniam sendiri.
Subramaniam berkata tindakan Samy Vellu secara terang-terangan menyokong calon timbalan dan naib presiden yang beliau ada kepentingan dan menolak calon yang tidak digemarinya adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberi tekanan kepada perwakilan serta menimbulkan perpecahan dalam parti.
Samy Vellu sudahpun memenangi jawatan Presiden MIC bagi penggal ke-11 Mac lepas apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Subramaniam juga membidas tindakan Samy Vellu yang berdolak-dalik mengenai bila beliau akan melepaskan jawatannya itu.
Katanya sebelum bertanding untuk jawatan presiden bagi penggal ke-11 Samy Vellu memberi jaminan tidak akan lama memegang jawatan itu dan berundur pada September selepas timbalan presiden baru dipilih oleh parti.
"Kemudian beliau (Samy Vellu) berkata akan berundur selepas memberi cukup latihan kepada timbalan presiden yang dipilih selama satu tahun dan selepas itu beliau kata akan undur apabila penggal habis 2012 dan kemudian pada 2015.. jadi ini menampakkan sikap Samy Vellu yang sudah tidak profesional dan sering berdolak-dalik," katanya.
Subramaniam berkata sebagai pemimpin yang sudah 30 tahun menjadi presiden parti ketiga terbesar negara, Samy Vellu sepatutnya menggunakan pelbagai cara untuk meminta sokongan perwakilan dan bukannya menggunakan unsur tekanan.
"Saya tidak boleh ditakutkan, tetapi dalam MIC mungkin boleh ditakutkan oleh kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang mungkin yang tidak ada peluang dan sebagainya.
"Saya berharap taktik tidak baik ini tidak digunakan kepada masyarakat India," katanya.
-- BERNAMA
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
0 likes, 0 dislikes
5:32
Subramaniam hits back Samy Velluby sound2020992 views
3:32
Undeserving Datukshipby vjcjmy1,002 views
4:26
NSTLive: Subramaniam on Samy Velluby NSTPonline4,784 views
3:28
Samy Suffer Verbal Abuseby malaysiakini46,166 views
1:21
Samy Vellu Kahwin Lagiby malaysianews32,918 views
1:30
Isu Arak:Selangor Beri Nazir, Imam, Bilal Dan Siak Kuasa Tangkapby paskemaman226 views
1:01
Datuk S Subramaniam Bakal Dipecat Dari MIC - Malaysia Newsby YangAkuSegala530 views
5:58
Samy: What we have now is because of Mahathirby malaysiakini32,360 views
2:16
Samy Vellu VS Subramaniamby malaysianews7,178 views
1:54
Yusoff Chong impersonating Samy Velluby vkeong188,302 views
6:35
Samy Vellu: Only Toll Concessionaires I Care! (P2)by sweekuan17,465 views
10:01
Subra: Fight for No 2 a presidential battleby malaysiakini3,213 views
1:32
Samy Vellu Perlu Berundur Segera - Timb Ketua Pemuda MICby paskemaman597 views
1:04
Samy Vellu Tak Mengaku Kalahby malaysianews9,161 views
1:36
Pandemonium - Maika Holdings AGM - 30 Aug 07by multidimid9,281 views
2:10
Sammy Tak Mahu Sambut Deepavali (Uncut Version)by malaysianews39,710 views
2:53
Parties come and go, MIC is always hereby malaysiakini4,174 views
0:40
Samy Vellu Talking "Tamil" in India - 8 Jan 08by multidimid34,410 views
3:32
'Nobody can tell us what to do'by malaysiakini3,493 views
2:16
Samy Vellu VS Subramaniam - Malaysia Newsby YangAkuSegala875 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)