Grand Final Bintang Idola Berita Harian 2009 - Klang Parade, Klang

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,699
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 8, 2010

Peserta dari Johor Bahru, Nor Ashimah Ramli, 18, muncul juara pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang diadakan di Klang Parade, di sini, semalam, sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

Beliau yang juga juara BIBH zon Selatan mengetepikan saingan tujuh lagi peserta akhir bagi merebut hadiah berupa wang tunai RM2,000 dan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.

Di samping itu, kemenangan berkenaan turut membolehkannya menjadi penyampai serta mengadakan persembahan pada malam kemuncak ABPBH 2009 yang akan berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, 4 April ini.

Pada pertandingan yang disaksikan lebih 2,000 penonton itu, Nor Ashimah menyanyikan dua lagu, Sangkar Emas dendangan asal Endang S Taurina dan Kau Tetap Dalam Anganku (Azie).

Gelaran naib juara menjadi milik Mohd Nor Safarin Mansor, 38, dari Sri Manjung, Perak.

Beliau yang menyanyikan lagu Laila Namamu Teratas daripada kumpulan Search dan lagu popular Anuar Zain, Mungkin memenangi wang tunai RM1,000.

Tempat ketiga pula dimenangi seorang lagi peserta dari Johor Bahru, Putri Nurul Aaina Rusli, 24, yang memilih lagu dendangan asal Barbara Streisand, Memory dan lagu daripada album runut bunyi My Heart, Kehilangan. Ketiga-tiga pemenang turut membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan tiket VIP ke malam kemuncak ABPBH 2009.

Pertandingan akhir BIBH yang menghimpunkan juara dan naib juara empat zon itu diadili penggubah terkemuka, Ramli MS; penyanyi popular, Hattan dan Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah.

Peserta akhir lain ialah Nur Azreen Rahim, Nurul Shazia Mohd Rozaini, Nabilah Mohammad, Farahiyah Zulkipli dan Che Nurul Syafika Che Roslan.
Seramai 34 artis menghangatkan acara siri jelajah ABPBH 2009 yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di Klang Parade.

Antara artis berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Aizat, Jaclyn Victor, Maya Karin, Remy Ishak, Farid Kamil, Lisa Surihani, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Nabil, Zizan, Meet Uncle Hussain, Hijjaz, Raja Azura, Along Raja Lawak dan Enot.

Klang Parade muncul destinasi terakhir selepas siri jelajah itu terlebih dulu singgah di Village Mall, Sungai Petani (5 & 6 Mac); Mesra Mall, Kemaman (12 & 13 Mac); dan Plaza Angsana, Johor Bahru (20 & 21 Mac).
Acara bermula seawal jam 10 pagi dengan penganjuran pertandingan nyanyian peringkat akhir Bintang Idola Berita Harian.


www.nst.com.my
www.bharian.com.my

Category:

Entertainment

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • I saw real life Freddy Kreugar in the background

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more